Selepas Solat Jumaat termeterailah aqad nikah Nazurah Jebri, sepupu ibu. Tak dapatlah ibu join sebab atas tuntutan kerja. Ayah je lah juga beberapa saudara lain menemani Atuk Jeb dan mengiringi tetamu yang datang dari Tiram, Johor.
Atuk purposely minta ayah temankan.
Selesai majlis, rombongan makan tengahari di rumah atuk Jeb.
Jam 4 lebih camtu ada pula keluarga dari Kedah datang merisik Jannah, yang merupakan kakak Nazurah.
Malam tu buat kenduri selamat dan juga Majlis Aqiqah cucu atuk Jeb.
Masa kecik mereka kawan sekolah, kawan main, kawan gaduh.
Kalau ikut pangkat, Jurah ni kan sepupu ibu, jadi Abang Imi kena panggil Cik Jurah lah walau usia sama.
Tapi takde nya diorang nak beracik-acik πππ
Bila dapat tau Jurah ni nak kahwin, sebak perasaan ibu. Ye lah.. dah macam anak sendiri nak kahwin.
Mak Jurah @ Nenek Nor ni setahun muda dari ibu manakala Atuk Jeb merupakan adik bongsu arwah atuk, jadi anak-anak adalah yang sebaya.
Makan ringan-ringan je sebab kat ofis dah makan berat. Mi jawa tu Cik Fatin punya.. lahaiiii... tak dimasukkan condiments pulak π
Ustazah Husna hahahhaha...
Ada lemak gori + ceker ayam. Itu pinggan Cik Ana ya.
Sebelah tu Mija sepupu ibu juga dan sebaya juga dengan Abang Imi.
Ini memang lagi kawan gaduh hahahah.. sebab mak Mija @ Nenek Ina lah yang ambil Bami dari sekolah.
Sayang sekali Abang Imi tak dapat join majlis hari ini, kalau tak mesti ibu nak mereka bertiga ambil gambar sekali. Oh yaa.. ada seorang lagi yang sebaya.. Aina. Cuma Aina ni dah jadi 2 pupu Bami.
Jadi mereka berempatlah yang sebaya dalam keluarga Judi & Ngadiah Clan.
Semoga bahagia milik kalian.
Nampak menyelerakan betul hidangan makan tu.. kalau tak silap bapa saudara Nazurah, Paman Epit yang masak bersama kakak iparnya.
Since lauk pauk katering tak cukup, kami rewang lah kat dapur.
Siaplah kelim karipap balance malam tadi dan goreng.
Cik Elis buat mi goreng.
Dan last minit goreng bihun yang tu memang kena air tangan nenek dibantu tangan sado nenek Ina untuk menggaulπ, yang lain bantu sediakan bahan.
Dalam jam 4 lebih macam tu bila tetamu pun dah berkurangan dan pastikan masih ada makanan untuk dijamu, kami pun beransurlah pulang.
Kita balik sekejap singgah KPM ambil parcel Bami, dah keluar semula untuk ngeteh session di Richiamo Cafe.
Alhamdulillah untuk hari ini bersama keluarga kecil dan keluarga besar.
No comments:
Post a Comment