Cik Yah ajak makan kat restoren area Peranginan Pantai Kelulut.
Ada banyak deretan restoren kat situ. Betul-betul tepi pantai. Kiranya in between Marang dan Kuala Terengganu.
Untuk celup-celup tepung tu Cik Yah pilih sotong, udang dan tuka-tuka (pari kecil).
Ibu pun tak pernah tau tuka-tuka ni boleh dibuat goreng hahahha... biasa pari tu masak asam pedas!
Meriah kedai ni tapi pelanggan tak penuh sangat mungkin Sabtu malam sebab the next day kan hari bekerja bagi negeri Terengganu.
Hujung restoren tu pantai.
Penuh kriuk kriuk tu.. sedap oo
Kat Klang mana nak jumpa kriuk2 penuh camtu😂
Celup tepung tu side dish je sebab kita ambik heavy meal.
Barulah proper makan. Tengahari tadi pergi foodcourt cuma makan sizzling mi je, dah itu je pun gerai yang buka. Kat Klang pun ada kan!
Entah bila dapat kembali ke sini.
Mata ibu pun dah rabak heheheh...
Terima kasih Cik Yah belanja makan. Ibu nak bayar dan dutch pun taknak diterima. Katanya murah makan seafood kat Ganu ni. Entahlah murah camne sebab tak tengok harga.
Semoga Allah tambahkan rezeki berganda-ganda untuk Cik Yah dan Cik Rasul.
Syukur ada saudara duduk di sana, boleh lah singgah-singgah bila datang ke Terengganu.
Kebetulan Cik Yah akan lecturing medic di Unisza.
No comments:
Post a Comment