Balik dari jog tu kita siap-siaplah untuk ke Felda Gunung Besout di Perak. Kita nak menghadiri majlis Walimah Cik Sue di sana. Cik Sue ni dululah yang bawa Abang Rahimi dan Kakak Widad ke sekolah menengah semasa mengusahakan perkhidmatan van dan bas sekolah. Kemudian beliau berpindah pula ke Perak. Lepastu Kawi naik van sekolah yang diusahakan oleh Cik Awal. Masa tu Bami dah masuk Politeknik.
Kali ni bila Cik Sue bertemu jodoh semula, kita pergilah raikan. Sebelum ni masa Kawi Form 4 kalau tak silap, Kawi pernah ke rumah Cik Sue masa majlis pernikahan yang sebelum ini.
Sedap!
Hampir 2 jam memandu kita sampailah rumah Cik Sue.
Masa ni rombongan pengantin belum sampai lagi. Jadi kita relax-relax je lah makan.
Tercapai impian Kawi nak makan keropok lekor sebab masa kat Terengganu tak sempat nak beli.
Itu yang Kawi tanya area rumah Cik Sue ada pantai tak.. adoiiiii... jauh benarlah pantai dengan Felda tu dik!
Semoga semuanya Allah permudahkan dan bahagia milik Sue dan family.
Masa nak pergi tu ayah suggest kita tidur di Slim River je.. boleh lah jalan-jalan. Pakaian pun dah packing masuk kereta dan hotel yang nak duduk pun dah ada dalam senarai.
Bila memikir minggu lepas baru balik Terengganu jadi minggu ni kita relax-relax je lah kat rumah. Lagipun ibu nak buat kerja ofis. Minggu depan dah kena hantar budget.
Wafi plak tanya ada wifi tak.. adoiiii.. ni lagi satu... mana-mana nak ada wifi.
Kawi insist balik rumah je lah.
Katanya tengah viral.
Adoiii... budak-budak sekarang ni.. asal ada benda viral mesti nak dicubanya.
Teh tu normal lah rasa dia, cuma tambah jelly yang seakan ramen dan gummy yang menyerupai telur mata.
No comments:
Post a Comment