Pages

Thursday, November 17, 2022

Abang Imi Balik Bercuti

Sempena Piliran Raya Umum ke 15, Unisza memberi pelepasan kepada pelajar untuk pulang mengundi. Mujur dapat tiket itu pun hampir habis. Bami kena tunggu announcement dulu baru boleh book tiket.

Alhamdulillah Abang Imi sampai rumah pagi ni. Bertolak dari Kuala Terengganu jam 10.15 pm.  7 jam lebih baru sampai Klang Sentral. Dah pesan siap-siap ambik teksi. Ibu malas nak ambil pagi-pagi hahahaha.. Ayah plak sebelum 5.30 am dah gerak ke tempat kerja. Ayah pun kalau balik dari kampung akan ambil teksi dari Klang Sentral. Tak adalah jauh.. kurang dari 5 km tapi nak bangun drive sebelum waktu hakiki drive tu sangat malas 😁😁. Tambahan dari malam tadi hujan turun sampai ke pagi Bami sampai. Bayar je lah RM30. 

Misai tu dah macam bos Sivaji.. geram je.. Bami kata nak shave sebelum balik tapi bateri shaver habis.. hurmmmm....
Sepatutnya Bami cuti sampai 21hb tapi lecturers buat kelas online memandangkan dah dekat cuti semester. Jadi tak perlulah balik U dan kemudian balik semula. Jimat sikit lah duit student. Tapi kan... ibu dah belikan tiket 2 way.. burnt lah tiket 21hb tu huhuh.. nak kena beli tiket bulan Dec pulak. Lecturers baru decide this week tentang kelas online tu.

Paling happy Wafi lah bila abang balik. 
Berebut nasi goreng pulak pagi ni. Selalunya Wafi makan 2-3 sudu je, bila ada abang tak cukup. Yelahh.. nasi goreng kan untuk bekal ke sekolah. Untuk makan biasa sikit je. Abang kata kenapa sikit, kan nasi goreng camni sedap.. adoiiii... dah itu je nasi balance malam tadi.
Sempatlah ibu masuk air fryer popcorn ayam buat tambah-tambah tadi. 

No comments:

Post a Comment