Hari ni kan cuti umum sempena pembentukan kerajaan yang baru setelah PRU ke 15.
Syarikat ibu menggantikan cuti umum hari ini kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Adalah beberapa syarikat di kawasan sini yang perlu meneruskan operasi seperti biasa. Jadi pagi jalan masih meriah. Department ibu seorang je bercuti, itu pun memang dah apply awal-awal sebelum diumumkan cuti umum.
Ibu tapau je lah kuih-muih ni. Makan sampai tengahari. Lunch hour seperti biasa take a nap je. Tak adalah nak makan tengahari pulak.
Serunding tu balance dari nasi ambeng hari tu. Kakak just panaskan semula.
Seronoklah kali ni semua ada. Kakak gabung 2 meja kecik jadi boleh lah makan atas daun pisang.
Alhamdulillah untuk rezeki Allah beri hari ini.
wahh dh lama wak x mkn nasi ambeng nih., ;p
ReplyDeleteMak.... nasi ambeng!
ReplyDeleteLempeng sambal hijau tu mengancam selera.