Pages

Tuesday, February 27, 2024

Resepsi Perkahwinan Anak Sepupu

Ini cerita Sabtu lepas, 24.2.2024
Ibu, Abang Imi, Kak Widad dan Wafi ke majlis perkahwinan anak sepupu ibu. Kali ni ayah tidak join kerana ada program di Penang.

Mula-mula kita ke Cengkih karya Mulbari di Hulu Langat. Rasa lama dah tak pergi Langat, last pergi masa kecik-kecik dulu rasanya. Tak ingat rumah siapa tapi yang masih segar diingatan rumah tersebut menggunakan air sungai yang sangat sejuk. Belakang rumah ada sungai, dari dalam rumah pun terdengar suara air sungai mengalir. Air sinki di dapur menggunakan air sungai jadi air sentiasa mengalir dari buluh yang disambung seperti paip. Kawasan kediaman pula terasa sejuk. Arghhh... seronoknya mengenang kembali kisah lama.

Oh ya.. perjalanan dari rumah ke Hulu Langat memakan waktu 1 jam. Mujur sekarang sudah ada banyak lebuhraya... keluarkan duit tol je yang mengalir macam air. Ikut google map, semua diberi jalan hiway. Paling senang guna lebuh raya Sungai Besi-Ulu Kelang Espressway (SUKE). Cik Rasul kata hiway baru tu. Kalau takde hiway kena ikut jalan lama Hulu Langat yang jammed di sana-sini.

Lebuhraya atas lebuhraya.

Tinggi betul lebuhraya SUKE ni. Bila tengok luar dari kereta nampaklah bandaraya KL kat bawah tu.
Pemandangan yang sempat dirakam.
Sudah terlepas KLCC baru ambil gambar.

Inilah anak arwah sepupu ibu, Hajah Fadhilah yang meninggal setahun yang lepas asbab kanser.

Sunday, February 25, 2024

Dinner Bersama Dina Dino

Cerita 2 minggu lepas, Wafi dan Kak Widad nak jumpa Dina Dino. Malam tu dia ada kat rumah, jadi sebelum makan singgah dulu. Bawaklah keluar makan since Cik Baya duty malam dan Cik Man belum balik kerja.

Bawa makan kat Royale Afra. Itulah yang paling senang.

Sementara tunggu makanan sampai main Injit² Semut 🐜🐜


Dina makan roti canai.

Wafi dan Kakak pilih tosei ghee.

Lapar semuanya.

Iman order Nasi Bujang No. 1
Paling sedap katanya 

Nak tunjuk habis dia makan.

Iman makan Nasi Bujang No. 1 ada SOP.
Ambil telur sikit dan cicah sikit sambal belacan.

Kemain lagi dia tunjuk cara² nak makan.

Dina yang sangat celoteh tak duduk diam.. ada je benda yang dia nak sembangkan.
 

Saturday, February 24, 2024

Jenis-Jenis Potongan Bawang


 Ibu jumpa postingan ni di FB dan menarik untuk dikongsikan tentangnya. Biasa disebut potong bawang je😅


Jenis-Jenis Potongan Bawang.

1) Potong.

Potong maksudnya bawang akan dipotong secara melintang.

Bermula dari potong akan menghasilkan potongan ggelung dan mayang.

2) Gegelung.

Mula dari potong, dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki.Potongan gini biasa untuk masak kicap, masak merah.

3) mayang

Hirisan halus tetapi melintang, kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.

4)Bela.

Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.

5)Baji

Juga disebut 'wedges' dalam B.Inggeris.Biasanya potongan ini berguna untuk hiasan, seperti dalam sup atau kari dsb.Juga untuk kebab.

6)Hiris

Cuplikan kapur, halus secara menegak yang berulang-ulang.Untuk ditumis atau dibuat ulam / rencah sambal/budu/cencaluk dsb.

7) Ayah

Biasanya untuk membuat cekodok/jemput-jemput bilis atau bawang.

8)Dadu kecil / cincang kasar

Untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dsb.

9)Cincang

Untuk peran, tumisan dsb.

Penting ke potongan ni semua? Sesetengah resepi, penting karena cara potong lainnya dapat mempengaruhi rasa masakan dan waktu memasak. Jadi kena resepinya secara teliti sebelum mula memotong.


Selamat memasak!


Kredit: Mohammad Faeez Harith

Friday, February 23, 2024

Menyantuni Majlis Perkahwinan

Sabtu sebelum kita check in di Tenera Hotel, kita memghadiri majlis perkahwinan anak kawan ibu, Bibi Azizah dan Paman Hakimi di Dewan Komuniti Taman Putra Perdana. Bibi Azizah merupakan rakan satu asrama D2 selama 2 tahun ketika ibu belajar di Sekolah Menengah Teknik Ipoh 1989-90.

Sebelum keluar dewan jumpa lagi beberapa teman sekolah. Sempat Kak Widad candid gambar ibu yang sedang berbual dengan Cikgu Rohana , juga doormate ibu.

Rupa-rupanya ramai lagi rakan-rakan ibu yang masih berkumpul di khemah luar tapi ibu tidak ikut bersama mereka.


Paman Hakimi dan Bibi Azizah yang dulu kami panggil Vicky semasa di sekolah.

Masa sampai terserempak pula dengan teknik rakan-rakan yang baru sampai dan sudah mahu pulang.

Azizah, ibu, Mai, Zu, Raja Suria dan Liza Bidor.

Sekarang dah masa² anak-anak membangun rumah tangga. Jadi ambillah kesempatan bertemu rakan-rakan bertanyakan khabar berita bila bertemu di majlis² begini. Walau ada grup whatsapp sekolah tapi bila berjumpa lebih bermakna.

Ukhuwah fillah🥰
 

Thursday, February 22, 2024

Pemergian Sahabat Teknik Ipoh


Assalamualaikum sahabat2 semua.

Dimaklumkan Saudara Halim Buyong atau lebih di kenali sebagai Halim Bidor telah meninggalkan kita semua sekitar jam 3.40 ptg tadi..jenazah masih berada dirumah. Marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah, semoga roh arwah sahabat kita ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...Al-Fatihah

Petang tadi dikejutkan dengan berita pemergian sahabat kami yang merupakan mantan Pengerusi Alumni Teknik Ipoh 89-90.

إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ...

“Ya Allah, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia, ampunilah dosanya, muliakanlah kematiannya, dan perluaslah kuburnya...

AL-FATIHAH

ﺑِــــــــــﺴْﻢِ ﺍﻟَّﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـﻢ

ﺃٌﻟﺤَﻤْﺪُﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِ ﺍٌﻟْﻌَﻠَﻤِﻴﻦَ *

ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْﻢِ *

ﻣَﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍٌﻟﺪِّﻳْﻦِ *

ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﻮْﺩُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴْﻦُ *

ﺇٌﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮَﻁَ ﺍٌﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴْﻢُ*

ﺻِﺮَﻁَ ﺍٌﻟَّﺬِﻳْﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِّﻢْ uﻏَﻴْﺮِﺍٌﻟْﻤَﻐْﺾُﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﺍٌﻟﻀَّﺂﻟِّﻴﻦَ

*ﺁﻣِـــــــــﻴﻦ

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama sama orang2 yang beriman dan beramal soleh...

Insya-ALLAH aamiinn ya rabbal a'laamiinn...

Monday, February 19, 2024

Belian Pertama Di Shopee


Inilah barang pertama yang ibu beli di Shopee. Ada je beli barang secara online tapi bukan melalui medium Shopee atau Lazada apatah lagi Tiktok. Kalau beli online hubungi seller melalui whatsapp. Apps dan akaun Shopee ni memang dah ada dalam HP, entah siapa yang install dan registerkan.

Tadi  Wafi agak sedih sebab kakak taknak belikan tudung dia.. nak tunggu kakak lambat katanya. Jadi Wafi pujuk ibu belikan... ibu kata memang ada akaun Shopee tapi tak pernah beli barang.

Jadi Wafi carilah tudung yang dia nak. Bila nak place order, kena masukkan details dan address. Choose payment pula.

owhh.. senang juga. 
Dah setel... Wafi kata nak beli phone casing.
Pulokkkkk

Hurmmm... habislaa.. habislaa... 


Wafi Outing Dengan BFF

Ini cerita hari Jumaat 16/2/24, Wafi bersama Nayli dan Dania keluar outing ke Setia City Mall. Pada mulanya mereka bertiga akan dihantar oleh mak Dania tengahari dan akan dijemput semula petang setelah selesai program yang mereka atur. 

Ibu fikir betterlah Kakak Widad yang hantar boleh kakak tunggu. Pagi tu pulak kakak perut tak selesa.. arghh... sudah.. macam nak kena tukar plan je minta mak Dania hantar. Petang balik dari ofis ibu boleh singgah ambil sebab jarak dekat je dalam 7 minit. Tengahari tu kakak kata dah ok boleh hantar mereka.

Mereka sampai SCM by azan Zohor jadi bolehlah solat dulu sebab dah cadang tonton movie jam 2.05 pm.

172 days, filem Indonesia.
Itu je yang suit dengan time mereka. Kakak yang tolong belikan tiket. Dalam panggung ada 10 orang je.. hahaha... Jumaat hari kerja lepastu rasa movie ni dah lama. Ok.. lah.. killing the time.

Sunday, February 18, 2024

Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi

Semalam jam 3 pm kami check in di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi. Malamnya ayah ada Annual Dinner Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS). Ikut plan asal ayah pergi dengan kawan² je tapi few days before tukar plan pula. Itu yang ayah book hotel untuk kami tapi malam ayah lepak dan tidur di hotel apartment bersama kawan² lain.

Sementara ayah register ibu ambil gambar di kawasan lobi.

Event ayah di ballroom tingkat yang sama.

Ada satu sudut yang cantik untuk OOTD. Disebabkan masa kami sampai tu tak ramai orang, bolehlah bergambar di sini.

Makan² Di Kafe Mayang Sari, EDC

Lepas kami jalan-jalan dalam UUM, singgah pula di Kafe Mayang Sari. Kafe ni terletak di Executive Development Centre (EDC), UUM.

Hotel EDC, UUM.
Pernah menginap di sini few times masa kolej ayah JV dengan UUM.

Menu yang ada.
Harga affordable.
Teringat masa duduk EDC kami order room service, fresh orange dan fish and chip.
arghh... sedap

Minuman yang ada.





Cuaca yang panas di luar, masing² order yang sejuk².

Semua order light food je.

Fish and chip.
Berebut nak makan fries.

Char Kuey Teow.

Honey Chicken Wing.

Add on Fries bila tak cukup mengunyah.

Lepas makan tu kami gerak balik tapi sebelum keluar dari Changlun kami bungkus Nasi Ayam Ayam Bakar Kak Jah atas suggestion Tok Ngah. Portion ayam yang besar dengan harga RM10 sangat berbaloi. Patutlah kedai tu viral. 

 

Saturday, February 17, 2024

Tahun Melawat UUM 2024

Dari rumaj Tok Ngah kami menuju ke UUM di Sintok sempena Tahun Melawat UUM 2024. Perjalanan mengambil masa 10 minit sahaja. Jalan² keliling UUM dulu sebelum berhenti di Bangunan Perakaunan.

Tertarik ibu dengan rak food bank ini. Masa ini tiada makanan di situ sebab kebanyakan pelajar pulang bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Dulu tak ada fountain ni.

Seronok dengar bunyi air.

Sekitar bangunan Perakaunan.

Tuesday, February 13, 2024

Ziarah Tok Ngah di Changlun

Oleh kerana kita ada di Kulim ayah suggest ziarah Tok Ngah dan sepupu ayah, Dikwang yang mengalami stroke separuh badan sebelum ini. Kami pergi berempat sahaja sebab Tokwan sudah ziarah bersama Mak Ngah.
Perjalanan dari Kulim ke Changlun lebih kurang 2 jam.

Alhamdulillah nampak sudah ada perubahan pada Dikwang dan sudah boleh berjalan menggunakan tongkat walaupun perlahan.

Tok Ngah ni adik arwah Maktok.

Monday, February 12, 2024

Tabung Seronok 2024

Baru sempat nak buat tabung tunai untuk tahun ini.


Tahun ini ibu buat Tabung 52 minggu pula.
Sebelum ini dah pernah buat tabung 52 minggu tapi tak ingat tahun bila.
Template pun dah terdelete dan kena buat baru pula.

Kalau rajin masukkan cash setiap minggu, kalau malas mungkin masuk untuk sebulan terus. Tengoklah macamana nanti, kita yang buat dia 😅

Tabung Seronok 2023 sudah selesai berjumlah RM1,380.00
Bolehlah topup untuk bayar keperluan sekolah Wafi masuk Tingkatan 2.

Cabaran lebih besar untuk Tabung Seronok (macam dah tak seronok pula 😂😂) bila sekarang sudah kurang keluarkan tunai apabila hari gaji.
Ini disebabkan kebanyakan kedai runcit atau pasaraya yang dikunjungi telah menggunakan debit kad, QR ataupun online transfer. Even kiosk2 pakaian yang kat pasaraya pun guna online transfer.

Ini juga salah satu sebab ibu tak buat tabung yang ada banyak denomination.

Tak mengapalah, kita cuba juga.
Kot-kot sesak boleh je guna duit yang ada ni nanti.

Jom menabung!

Saturday, February 10, 2024

Jemput Wafi

Malam semalam ibu ayah dan kakak bertolak ke Tapah selepas solat Maghrib. Sempatlah tapau Subway makan dalam kereta. Jalan smooth walau banyak kenderaan. Kami dah ready mental dan fizikal untuk menghadap jammed tapi Alhamdulillah perjalanan sangat lancar. Begitu juga pagi ini. Sanggup keluar seusai solat Subuh dan hari pun masih gelap. Jam 10 am sudah sampai Kulim. Sempatlah sarapan dulu di RnR Bukit Gantang. Belikan juga pastries kegemaran Wafi di Harolds.

Sampai rumah Tokwan pun Wafi masih dibuai mimpi. Qada' tidur. Mujur ABC.

Jam 3 baru keluar bila masing² sudah cukup rehat dan lapar. Cadangan asal nak makan di Boat Noodle tapi salah tempat. Maka Wafi pilih makan di The Chicken Rice Shop di Kulim Central.

Lepastu jalan-jalan sekitar mall dan beli barang Kawi dan Wafi. Hari ni cuaca panas sangat.. tu yang lama sikit dalam mall. Tadi keluar rumah, suhu 39 darjah C.

Friday, February 9, 2024

Kakak Widad Masak Apa Hari Ini?

Kakak Widad sudah ada di rumah semenjak hari Isnin sempena cuti semester. Jadi urusan memasak memang kakaklah yang handle. Masak untuk dinner je sebab pagi ibu ayah memang tak akan breakfast di rumah. Kakak Widad pula jarang breakfast dan lunch. 

Sebelum cuti lagi kakak dah pesan belikan mixer. Mixer Phillips lama Cikti dah gigit wayar... geram agaknya mixer tu dok tak berusik walau letak atas table top🤣🤣. Ibu beli brand Pensonic, nampak kat Econsave RM104. Bila bayar jadi RM88 je. ahhhh.. suka²😁😁

Inilah yang kakak buat, Kek Tapak Kuda.

Wednesday, February 7, 2024

Berakhir Kelas 1 Allium, 2024

Hari ni berakhir sesi persekolahan Form 1 2023/24 Wafi dan kawan-kawan di sekolah. Jam 2.30 pm parents sudah boleh ambil.
Makngah akan pickup Wafi dulu, Sabtu baru ibu ayah balik Kulim.
Insyaallah Isnin baru balik Klang.

Ibu Alya share gambar ini di grup kelas.

Beg-beg sudah bersusun. Tuannya entah ke mana 😁
Wafi kata beg ada 8, entah mana datang barang-barang dia sampai 8 beg bawa balik. Tu termasuk beg-beg plastik lah gamaknya.

Cikgu Fishal guru kelas juga share gambar-gambar kelas masa mereka mengadakan jamuan makan outdoor.
Jamuan ini sempena kelas Allium mendapat kelas terbaik dalam akademik tahun ini.
Alhamdulillah.