Malam semalam ibu ayah dan kakak bertolak ke Tapah selepas solat Maghrib. Sempatlah tapau Subway makan dalam kereta. Jalan smooth walau banyak kenderaan. Kami dah ready mental dan fizikal untuk menghadap jammed tapi Alhamdulillah perjalanan sangat lancar. Begitu juga pagi ini. Sanggup keluar seusai solat Subuh dan hari pun masih gelap. Jam 10 am sudah sampai Kulim. Sempatlah sarapan dulu di RnR Bukit Gantang. Belikan juga pastries kegemaran Wafi di Harolds.
Sampai rumah Tokwan pun Wafi masih dibuai mimpi. Qada' tidur. Mujur ABC.
Lepastu jalan-jalan sekitar mall dan beli barang Kawi dan Wafi. Hari ni cuaca panas sangat.. tu yang lama sikit dalam mall. Tadi keluar rumah, suhu 39 darjah C.
Sebelum balik Wafi nak main tikam. Beli token dulu. 1 token RM2.Ya Allah.. ini pun dia berminat.
Kakak dia tolong sama.Ini yang dipilih. Adehhhh.... bouncing ball.Ini kalau tak main, ibu sumbat dalam mulut 😬😬Wafi keluar pakai salah satu jersi yang dibeli di sekolah. Ini jersi kriket. Katanya kawan² kalau keluar pakai jersi sekolah je.Haaa elok lah tu.. jersi banyak² yang bukan T-shirt rasmi sekolah kalau tak pakai rugi beli je.
Wafi ingat kami jemput hari ni dan balik terus ke Klang. Katanya kita belum sampai rumah lagi. Cikgu PSV ada bagi 3 kerja untuk Form 2.
Adehhhh.... semangatnya cikgu.. tak kasi chance langsung😅.
Insyaallah Isnin pagi baru gerak balik. Harini dan esok temankan Tokwan dulu sebab Makngah balik Kelantan.
Suhu 39 darjah celsius tu sangat panas...saya memang tak tahan hehehehe
ReplyDeleteNak buat macamana.. duduk Malaysia kan 🤣
DeleteSama Gombak pun 39°C, panas berdenting!
ReplyDeleteKampung sana ye Kak?
Kampung husband, PA.
DeleteKalau panas sangat memang kita dok indoor je lah....
ReplyDeletebetul.. kalau boleh nak menyorok dalam bilik pasang aircond, dok senyap²
DeleteSetuju!
DeleteAnak saya pun masih sukaaa beli mainan dari mesin seperti itu kak. 😄.
ReplyDelete39 dercel panas sangat 🤣🤣. Jakarta lagi hujan trus. Jadi agak sejuk dikiiiit saja 🤣. Tapi pas panas kemarin pernah juga 41 dercel. Memang cranky saya dibuat 😄
Kalau duduk ofis tak terasa, bila hari cuti duduk rumah terasa bahangnya.
DeletePanasnya 39 degree...kat KL dan Seremban pun sama panas...lepas ni banyak la bayar bil letrik..econ pasang selalu
ReplyDeleteBetul.. lepas ni bil pasti naik. Sebelum ni sekejap je pasang air cond, sekarang almost pagi baru tutup.
Delete