Pages

Saturday, February 24, 2024

Jenis-Jenis Potongan Bawang


 Ibu jumpa postingan ni di FB dan menarik untuk dikongsikan tentangnya. Biasa disebut potong bawang je😅


Jenis-Jenis Potongan Bawang.

1) Potong.

Potong maksudnya bawang akan dipotong secara melintang.

Bermula dari potong akan menghasilkan potongan ggelung dan mayang.

2) Gegelung.

Mula dari potong, dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki.Potongan gini biasa untuk masak kicap, masak merah.

3) mayang

Hirisan halus tetapi melintang, kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.

4)Bela.

Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.

5)Baji

Juga disebut 'wedges' dalam B.Inggeris.Biasanya potongan ini berguna untuk hiasan, seperti dalam sup atau kari dsb.Juga untuk kebab.

6)Hiris

Cuplikan kapur, halus secara menegak yang berulang-ulang.Untuk ditumis atau dibuat ulam / rencah sambal/budu/cencaluk dsb.

7) Ayah

Biasanya untuk membuat cekodok/jemput-jemput bilis atau bawang.

8)Dadu kecil / cincang kasar

Untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dsb.

9)Cincang

Untuk peran, tumisan dsb.

Penting ke potongan ni semua? Sesetengah resepi, penting karena cara potong lainnya dapat mempengaruhi rasa masakan dan waktu memasak. Jadi kena resepinya secara teliti sebelum mula memotong.


Selamat memasak!


Kredit: Mohammad Faeez Harith

4 comments:

  1. Biasanya main potong je taktau pun nama. Hihi

    ReplyDelete
  2. Pelbagai nama. Saya biasa potong senget-benget. Tapi takde nama pulak. 😅

    ReplyDelete
  3. Selalu buat potongan gelung dan bela dan potongan ikut suka hati. Hehe....baru tahun nama2 potongan ni.

    ReplyDelete
  4. Ada juga potongan ayah yaa 😅. Selama ini saya sesuka hati nak potong 😂

    ReplyDelete