Dari rumaj Tok Ngah kami menuju ke UUM di Sintok sempena Tahun Melawat UUM 2024. Perjalanan mengambil masa 10 minit sahaja. Jalan² keliling UUM dulu sebelum berhenti di Bangunan Perakaunan.
30 tahun lepas ia disebut Sekolah Perakaunan dan pada masa itu hanya 4 course yang ditawarkan oleh UUM.
1. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Accountancy)
2. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (IT)
3. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Business Admin)
4. Ijazah Sarjana Muda Pemgurusan Awam (Public Admin)
Sekarang sudah banyak kursus yang ditawarkan oleh UUM.
Gambar ayah di Pusat Pengajian Teknologi Maklumat tak ada pula😅. Ambil gambar sendiri sebab ibu malas nak turun kereta ambilkan gambar.
Ada mini zoo di area pusat sukan tapi kami tak singgah.
Sekarang kolej kediaman dinamakan inap siswa (Inasis) berbanding zaman ibu dinamakan kolej kediaman.
Masa tu ada 10 kolej kediaman
1. Kolej MAS
2. Kolej TNB
3. Kolej Pernas
4. Kolej Petronas
5. Kolej EON
6. Kolej MISC
7. Kolej Telekom
8. Kolej Guthrie
9. Kolej Perwaja
10. Kolej Proton
Cantik dah signboard kat sini. Dulu tak ingat macamana sebab tak pernah ambil gambar di pintu masuk.
Walau tak ada dapat singgah semua tempat tapi puas ronda kali ini sebab masa agak panjang. Tapi disebabkan cuaca yang agak panas, itu yang berhenti di beberapa tempat je.
Insyaallah lain kali boleh datang lagi. Jika tiada aral bulan September akan kembali kerana Alumni UUM ada program sempena Tahun Melawat UUM 2024.
Setiap kali kembali ke Sintok pasti tak akan puas!
Tempat ini punya seribu kenangan🥰
Seronok la jenjalan dalam UUM tu..dulu masa Dania form 3, SA bawak dia jenjalan kat UPM..ex-bf SA masa tu ex student UPM bahagian Perakaunan..haha..tercerita plak
ReplyDeletehaha... amboiiiii U ex-bf pun boleh sampai 😅. Mengimbau betul!
DeleteOh akak grad UUM ye... Seronok menyelusuri jalan-jalan kenangan kan :D
ReplyDeleteIa PH.. akak dan husband.. tapi kenal bila dah keje🤭
DeleteTak pernah melawat UUM....
ReplyDeleteKalau jjcm ke Perlis boleh singgah lalu Ezna.
Delete