Ini cerita Sabtu lepas, 24.2.2024
Ibu, Abang Imi, Kak Widad dan Wafi ke majlis perkahwinan anak sepupu ibu. Kali ni ayah tidak join kerana ada program di Penang.
Mula-mula kita ke Cengkih karya Mulbari di Hulu Langat. Rasa lama dah tak pergi Langat, last pergi masa kecik-kecik dulu rasanya. Tak ingat rumah siapa tapi yang masih segar diingatan rumah tersebut menggunakan air sungai yang sangat sejuk. Belakang rumah ada sungai, dari dalam rumah pun terdengar suara air sungai mengalir. Air sinki di dapur menggunakan air sungai jadi air sentiasa mengalir dari buluh yang disambung seperti paip. Kawasan kediaman pula terasa sejuk. Arghhh... seronoknya mengenang kembali kisah lama.
Oh ya.. perjalanan dari rumah ke Hulu Langat memakan waktu 1 jam. Mujur sekarang sudah ada banyak lebuhraya... keluarkan duit tol je yang mengalir macam air. Ikut google map, semua diberi jalan hiway. Paling senang guna lebuh raya Sungai Besi-Ulu Kelang Espressway (SUKE). Cik Rasul kata hiway baru tu. Kalau takde hiway kena ikut jalan lama Hulu Langat yang jammed di sana-sini.
Tinggi betul lebuhraya SUKE ni. Bila tengok luar dari kereta nampaklah bandaraya KL kat bawah tu.
Pemandangan yang sempat dirakam.Sudah terlepas KLCC baru ambil gambar.
Muka Amiza (dua pupu kepada Rawiwa) ni seiras macam arwah mamanya.
Gambar dikirim oleh Nenek Usu melalui whatsapp grup Family Suandi pada hari pernikahan.
Sepatutnya ada Family Cik Elis, Cik Baya dan Nenek tapi mereka sudah sampai awal dari kami.
Selepas itu kami gerak ke kenduri yang kedua di Kampung Delek, Klang.
Perjalanan almost 1 jam juga, selepas melalui SUKE, guna Lebuhraya Kesas pula. Makaaihhhh... waze bawa sampai ke Northport & Southport. Rasa sampai ke hujung dunia dibawanya kami. Mujur jalan tak jem tapi tu lah.. banyak lori kontena menuju ke port.
Ibu pengantin yang tengah, ibu panggil Kak Izah.
Sebelah ibu adik beradiknya dan ibu panggil Kak Ida.
Kebetulan mereka berada di depan flower arch bergambar dengan tetamu yang lain, jadi cepat-cepatlah kita bergambar juga.
Tahniah buat anakanda Amiza dan Ain bersama pasangan masing-masing.
Semoga perkahwinan yang dibina sentiasa dalam rahmat Allah.
Lebuhraya Suke ni seram sebab tinggi. Seriau je. Time kenduri ni best time tu la jumpa sedara yang dah lama tak jumpa.
ReplyDeletesalam perkenalan
ReplyDeleteberkunjung pertama kali di sini.
Saya ucapkan selamat untuk pengantinnya. ^_^
Di saat ada pernikahan begini, barulah bisa bertemu dengan banyak saudara mara ya kak. Saya pun terkadang begitu 😁. Kalo tak, susaaaah nak jumpa.
ReplyDeleteHappy wedding untuk pengantin. Semoga rukun sampai ajal memisahkan