Pages

Friday, February 2, 2024

Bawa Nenek Makan Tosei

Siang tadi ayah cakap nak ajak nenek makan tosei di Arfa Royale. Ibu cadang pergi lepas Maghrib. Cik Biela bagitau nenek kan solat Maghrib dan Isyak kat masjid. Tukar plan lah gitu. Kita pergi lepas Isyak je. Dah jadi ngeteh lah macamtu. 

Aqil ada kat rumah nenek jadi kita ajak sekali.
Abang Imi order mi goreng, lepastu ambik ayam bawang.

Tersedondon pulak malam ni.
Ayah tak puas hati sebab tosei nenek kurang garing.

Rasa tadi dah betulkan tudung nenek apesal senget pulak 🤔
Ibu makan megi goreng je.. baru teringat... harap restoren ni tak guna jenama Maggi 😅

Happy eating!

Ibu share je teh tarik dengan nenek dan ayah.

Tosei ghee untuk ayah dan Aqil.
Yang tu memang garing. Kalau lapar tak kenyanglah makan tosei garing je sebab ia nipis.

Dari nenek, anak hingga ke cucu..
Makan pun share² 😃

Kemain Aqil eh dapat keluar ngeteh.

Dah siap makan, ibu order sate 15 cucuk. Teringin pulak sebab masa masuk restoren tadi ada satu family makan sate. Mula² nak order 10 cucuk je sebab Abang Imi kata kenyang. Mujur order lebih sebab nenek suka lah pulak.

Macam biasa kalau sate dah sedap makan macam tu je tanpa kuah kacang. Tambahan pula nenek tak boleh makan kekacang. Entah kenapa dalam setahun dua ni nenek ada gout pula bila makan kacang dan udang. Sebelum ni Alhamdulillah makan tak ada pantang. Bila dah jadi, makan pun berpada-pada.

 

12 comments:

  1. happy family :D

    bercerita tentang megi, baru ni order megi.. katanya/ingatnya gune jenama lain.. tup2 dia keluarkan megi jenama megi .. tahu tu bile kite sendiri yg perlu letak rempah sendiri..

    dan semalam pergi makan, order indo kafe.. n diulang maklum lgi xnak nescafe.. sampai2 kat meja nescafe .. sakiiiiitttt je rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduhhh.. sakit tuh di sini.. sabar je lah Lady.
      Takkan nak ikut masuk dapur kan.
      Ada sekali tu anak order Milo (dia lupa lah tu) lepastu pelayan beritahu ada coklat je, Milo takde sambil senyum-senyum. Kami pulak yang tersipu-sipu 😁

      Delete
  2. Meriah. Bagus keluar sekali-sekala macam ni.

    Saya nampak tulisan 'Mamak Goreng' dalam gambar. Seram pulak. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah.. baru perasan.. mungkin kat situ nak bagitau mamak ada buat goreng-goreng 😂

      Delete
  3. kak ana kalau makan tosei suka hat garing2 sikit, ish nak pi mamak laa nak cari tosei malam nih hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang ada resto yang tak bagi garing macam kita nak.. ada juga yang terlalu garing macam makan keropok pula.

      Delete
  4. Besar toseinya. Pandai nenek makan tosei ya... sedapkan nek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami yang ajar makan lepastu dah tersuka pula. Itu yang bila bawak kat kedai mamak memang akan orderkan tosei.

      Delete
  5. Berapa usia nenek-nya Mbak?
    Nenek tampak masih segar dan sehat. Semoga nenek tetap sehat.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni masuk 75, Pak.
      Alhamdulillah.. terima kasih atas doanya.

      Delete
  6. seronoknya...rindu nak bawak mak pak ngopi ke ngeteh macam ni..dia suka makan kat luar..tapi tu la..dah 4 hari dah dia kat hospital..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe SA. Biar Mah Pah betul-betul sihat. Insyaallah dah keluar nanti bolehlah bawak makan kat luar.
      Semoga Allah angkat segala kesakitan MP dan diganti dengan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

      Delete