Pages

Saturday, March 8, 2025

Wafi Cuti 1 Ramadhan

Masyaallah... hari ke 7 di bulan Ramadhan. Baru sempat nengok blog ni. Tadi jumpa Wafi di sekolah. Wafi tanya... mama tak update blog ke?

Minggu ni pack sungguh dengan kerja² closing. Balik dah lemau.

Malam ni ibu masukkan cerita minggu lepas. Wafi Pulang Bermalam sempena Kedah cuti 1 Ramadhan. Balik Klang hari Khamis, Ahad pagi gerak semula ke Sungai Petani.

Sementara ETS sampai jam 10.22 am. Kali ni Wafi balik dengan Ariana dan Afiqah. Sampai SP ada teksi yang ibu sudah book untuk hantar ke sekolah.

Sempat bersahur sama hari pertama. 
Sahur di Selangor, berbuka di Kedah.


Pasti tak puas bila sekejap je balik.

Bawak balik 3 beg je.

Hari Khamis yang Wafi balik tu, Abang Imi jemput Wafi di KTM Sungai Buloh. Kebetulan Abang Imi cuti semester, bolehlah tolong pic-up. Abang Aqil temankan.

Abang Imi nak dinner Ayam Gepuk Top Global. Jadi ibu jumpa mereka bertiga kat sana je.

12 comments:

  1. Busy sangat mama ye. Asalkan update ok dah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana yang sempat je ni Cie. Paling malas pun.. weekend nak update tapi tak terbuat juga, adehhh...

      Delete
  2. Saya pun sekarang agak lemau sedikit nak update blog.
    Ada saja halangannya, terutama kerja-kerja ladang... ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah lemau... rasa semua benda taknak tengok kan kak. Nak rehat-rehat je.

      Delete
  3. Tak apa sebntr , yg penting bisa balik sesaat ☺️. Puasa pertama dengan keluarga memang seharusnya yg paling dinanti kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia.. dapat jumpa sekejap pun jadi lah. Dah nama pun jihad menuntut ilmu buat Wafi.

      Delete
  4. Seronok bila Wafi balik ya. Alhamdulilah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... seronok walau seketika berjumpa.

      Delete
  5. yaa allah comelnye semuaaa

    ReplyDelete
  6. Seronok la Wafi...berpuasa dan berbuka kat rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haritu dapat bersahur je kat rumah sebab hari yang sama kena balik asrama. Jadi buka kat sana je. Seminggu kemudian baru ada iftar perdana sekolah.

      Delete