Pages

Thursday, February 27, 2025

Mesin Basuh Jenama Midea MA100

Nak review sikit mesin basuh yang dibeli secara online.

Order : 11/02/2025
Sampai : 15/02/2025

Setelah ditimbang-tara ibu beli mesin basuh menggunakan platform Shopee. Cik Cha suggest beli Midea. Dia beli dalam RM4++ dan dah pakai 6 tahun, masih elok lagi. Cik Wada pun suggest beli online je. Depa 2 memang ratu online. Why not ibu cuba, baca review dulu, tengok seller dan jenama mana paling banyak dapat rating dan review. Dah alang-alang nak beli secara online cari yang affordable (lebih kepada nak murah 😅) dan reliable.

Mesin basuh jenama Midea MA100 dengan muatan 8.5kg. Warna dark grey je ada.
Kiranya downgrade dari mesin basuh lama muatan 9.0kg.  Sejak kahwin 26 tahun, ini mesin basuh ketiga. Mesin basuh pertama dapat hadiah kahwin dari officemate ESSO ayah dulu. Bila rosak 2 kali, ibu hantar kedai untuk dibaiki. Kali ketiga rosak bila dicampur semua kos baiki dah boleh beli yang baru. Better beli baru je.

Mesin basuh kedua dibeli beberapa tahun sebelum 2018 sebab ibu tak jumpa warranty card. Pernah tunjuk tapi masa tu beli dryer dan review dryer. Bila ni rosak, ibu takde berhajat untuk hantar repair.  Lagipun nak beli yang murah-murah je.

Jadi ibu agak mesin² basuh sebelum ni boleh bertahan selama 10 tahun, yang lebih tu bonus. 

Beza fungsi Midea 8.5kg dan Panasonic 9.0kg
Walaupun banyak function, at the end tekan button on dan start je😁

Function delicate ke... baby care ke... blanket apatah lagi... semua pun tak pernah guna. Yang kerap kalau nak buat asing²... button wash, rinse dan spin.

Setakat ni performance bagus. Bunyi agak senyap berbanding mesin lama. Mungkin masih baru lagi. Duduk kat ruang TV tak dengar mesin basuh ni sedang bekerja. Mula² dok risau kot tak berfungsi. 

Masa ibu ayah berhenti di RnR Sungai Perak transporter yang bawa mesin basuh ni call nak tau lokasi rumah. Minta Kak Widad tunggu depan rumah. Mujur mereka tolong bawa masuk. Letak kat ruang tamu je dulu. Mereka hanya hantar, takde buat pemasangan. Masa ibu baca review ada yang minta pasangkan dan caj nya adalah RM60. Tapi mostly yang beli dari seller ni pasang sendiri je. Cuma nak kena sambung getah paip. Saluran air keluar semua dah fixed.

Untuk rumah kita, ibu guna getah paip yang sebelum ni sebab ia masih baru. Tukar yang lama sebab masa tu keluar karat.

Nak keluarkan dari kotak pun senang, hanya gunting tali putih tu dan angkat kotak ke atas. Kiranya tak perlu pun angkat mesin basuh tu. Cuma kena tonggengkan sikit untuk keluarkan gabus dan pasang penutup mesin basuh bahagian bawah.

Untuk model yang ibu beli harganya RM545. Tambah caj penghantaran dan SST jadi RM594.50

Seller ni kat Johor.

Warranty motor 10 tahun.

Harga mampu milik. Bulan ni duit keluar macam air terjun. Jadi mana yang boleh dikurangkan kita buatlah. Model ni takde compartment untuk masukkan serbuk pencuci/detergent dan softener. Model yang ada compartment harga berbeza.

Midea Top Loading Washing Machine Troubleshooting and Error Codes

Be good ya, our 1st Midea brand!

Wafi baru sampai rumah... bila nampak mesin basuh ni dia terkejut, terus dia gelak²...

Maaaa... kenapa kecik 🤣🤣🤣

1 comment:

  1. Sama lah. Walaupun mesin basuh banyak function, tapi selalu guna butang on dan start je.

    ReplyDelete