Pages

Sunday, December 21, 2025

Sarapan Di Cathay Mee Stall, Ipoh

11 pagi sudah check-out hotel. Lepas Subuh perut dah berkeroncong tapi dak kecik taknak bangun lagi. Bertahanlah perut.

Ayah suggest brunch di Cathay Mee Stall yang terletak 240m dari hotel. 

Gerai ni buka jam 11.30 pagi. Jadi kami tunggu di meja sementara pekerja buat persediaan.

Ibu ada tanya seorang pelanggan tetap yang sedang menunggu untuk buat pesanan. Katanya mee goreng signature dish kat sini. Pasembur pun sedap. Ajomlah kita order based on local taste.

Harga makanan & minuman.

Cari yang sejuk².

Mee goreng ni ayah order. Ayah bagi rate 8.5

Pada ibu pun sedap.

Mee rebus memang ibu jarang order. Biasa cicip ayah punya. Ayah suggest order di sini jadi bolehlah rasa. 

Ibu rasa mee rebus di sini lebih ada rasa berbanding Mee Goreng Mastan Gani dan Mee Rebus Ghulam Rasul.

Wafi minta pasembur untuk makan sama². Bila Wafi kata sedap.. haaa sedap lah tu. Kalau makanan yang dia kurang, dia akan bagitau bolehlaaa...

Suka betul dia terutama cucur rangup.

Kuah pasembur ni kuranglah manis berbanding Gani Famous Pasembur di Padang Kota Lama.

Wafi nak megi goreng.

Pun dia suka.. terpaksa juga tapau bila dia makan banyak pasembur.

Budak lapar.


Ibu tertarik dengan cara mereka bungkus mee goreng. Guna daun pisang dan suratkhabar.

Bersama tukang masak atau mungkin owner🫡

Harga makanan/minuman pagi ni RM42.20

Boleh dah keluar dari Ipoh. Takde dah nak singgah mana². Balik nak cuci kain😆😆

 

14 comments:

  1. Suka pergi Ipoh boleh food hunting. Nampak sedap semua makanannya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada kami sedap Cie.
      Tengok ramai juga kaum lain makan kat situ.

      Delete
  2. semuanya nampak sedaplah, especially mee rebus tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee rebus sedap.tapi tak dapat nak habiskan sebab agak banyak buat akak.

      Delete
  3. Menariklah kedai ni. Masuk list la, kot singgah Ipoh bole try.
    Sedap tu mee goreng bungkus style gitu, ada aroma daun pisang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik kan bungkus daun pisang... kalau ikut daun pisang dah lah mahal tapi peniaga masih nak kekalkan.

      Delete
  4. Bungkusan nostalgia tu..pasti harum daun pisang bila makanan dibuka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa.. biasa nasi lemak je bungkus dalam daun pisang, ni mee plak bungkus gitu.

      Delete
  5. Memang kurang lama saya dh Ipoh kemarin. Yg ini pun blm sempat coba ... Kalau pasemburnya kurang manis, memang sedap lah pasti 🤩🤩. Saya suka pasembur, tp tak suka kalau manis sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar Fanny, kalau terlebih manis memang potong selera.

      Delete
  6. Siap ambil gambar dengan tukang masak lagi... Magi goreng tu nampak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahhhh.... asben akak tu memang random 😆

      Delete
  7. Pernah try kat sini tapi tak kena pula dengan tekak sebab kuah rojak dia manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya pasembur mamak² ni memang jenis yang manis.

      Delete