2 minggu dah.. minggu pertama tu beli ubat kurangkan bengkak kat farmasi. Ada kala rasa sakit pula. Tahan je lah. Minggu kedua pergi klinik panel.. dapatlah ubat tahan sakit, kurang bengkak, antibiotik dan ubat sapu. Macam tak baik lagi.. ada tambah bengkak kat gusi gigi lain. Itu yang cari doktor gigi pula.
Jumaat semalam buat appointent untuk pagi ni jam 10.30 pagi.
Doktor tanya ada tukar ubat gigi?
Betul...dari Colgate tukar ke Sensodyne bila gusi ibu bengkak. Tapi ibu bagitau, rasanya ia berpunca dari guna berus gigi yang medium masa kat Ipoh lepas balik hantar Wafi ritu. Berus gigi tu Wafi beli 2, jadi ibu ambil lah satu dan guna. Sebelum ni memang ibu guna yang soft sahaja.
Jadi doktor advise guna berus gigi yang soft sahaja, jangan pakai yang medium atau hard. Juga, tukar ubat gigi seperti sebelum ni which is Colgate (minta maaf... jangan kecam🫡).
Tadi doktor buat scaling juga sebab dah ada karang gigi... last sekali buat scaling June 2025. Jadinya doktor kata sudah sampai masa scaling yang patut buat 6 bulan sekali.
Bil hari ni RM160.Mouthwash & ponstan RM20


Biasanya kalau gusi bengkak boleh jadi ada infection jugak. Cie hari tu gitu la. Tapi mujur pergi klinik kerajaan je jadinya free jela. Dentist suh datang semula tapi dah tak bengkak terus la tak datang dah.
ReplyDelete