Pages

Saturday, March 21, 2026

Lebaran 2026

Pulut kuning di dalam almari,
Disusun rapi bersama lemang,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir dan batin kami ucapkan.

Friday, March 20, 2026

Share Menu Lagi | Malam Raya

Ingatkan dah taknak share menu tapi alang² dah share dari awal kita habiskan lah terus.

29 Ramadan

Menu sahur tak ambil gambar sebab reheat makanan berbuka. Bila dah akhir² makanan buka berlebih pula itu yang bawa ke sahur. 


Iftar
  • Set Nasi Ayam
  • Popiah Otak² & Karipap Sardin

Thursday, March 19, 2026

Sebelum Balik Kampung


Assalamualaikum.. 

Sebelum balik kampung, persediaan:

1. Cabut semua wayar kat dinding kecuali peti sejuk. 

Sampul Duit Raya 2026

Tahun ni tak banyak dapat sampul duit raya (SDR) free. Shopping pun tak banyak kedai. Ada pulak bila ditanya... sudah habis.

SDR yang ada setakat ini. 
Mostly dari bank. Bank Islam & RHB dapatlah beberapa peket dari company rep. 

Wednesday, March 18, 2026

Menu Ramadan 25 - 28

Rasanya puasa tahun ni terasa cepat betul berlalu, Ramadan akan meninggalkan kita.

Mungkin ini sharing terakhir menu Ramadan😌

25 Ramadan

Sahur
  • Kentang goreng
  • Telur rebus

Tuesday, March 17, 2026

Munjung Nasi Ambeng

Hari Jumaat nenek bagitau nak munjung pada hari Ahad (munjung : menghantar makanan kepada jiran, saudara mara @ orang yang lebih tua menjelang hari raya) . Kena buat juga sebab dah takde hari cuti lain sebelum raya. Mana anak-anak yang free kena balik rewang. Ummi dari Tapah pun sampai juga malam Jumaat tu, jadi dapatlah berbuka sekali.

Tahun ni nenek munjung Nasi Ambeng. 

Start rewang jam 9 pagi tapi ibu minta excuse  lewat sikit sebab selsema.
Adehhh.. selsema yang asyik mengalir.. dah lah hachummm hachumm je. Rasanya sebab dah 2 malam tidur lewat. Jumaat malam tu kemas ruang tamu yang berhabuk lepas tukar tiles. 

Cik Elis, ummi, Cik Baya dan Cik Man lah tukang masaknya. Adik beradik lain sediakan bahan-bahan memasak. Selesai masak jam 3 pm. 

Tumis kobis+kacang buncis+carrot+capsicum+kentang

Sunday, March 15, 2026

Menu Ramadan 21 - 24

Nampak gaya makin ketandusan idea dah nak masak sahur. Abang Imi kata pagi taknak makan nasi sebab tak rasa lapar. Nampaknya ayah sorang je lah makan nasi.

21 Ramadan

Sahur
  • Kentang goreng
  • Telur rebus
  • Kari ikan (leftover)
Sepanjang sahur ni memang hampir setiap hari ada kentang goreng. Inilah yang Kawi dan ibu makan sebab malas nak makan nasi.

Saturday, March 14, 2026

Selesai Buah Kelapa Yang Gugur

Ni lah kerja ibu pagi tadi.. dok mengumpul buah kelapa yang gugur dari 4 batang pokok. Ada lagi yang kat tepi parit.. malas nak melangkah². Selain kutip kelapa, tarik daun kering yang gugur dan bakar.

Friday, March 13, 2026

Bila Anak² Buah Ikut Terawih Sekali

Ini gambar² minggu pertama dan kedua.

Kancil duduk sebelah ibu masa terawih. Habis terawih, ibu ajak beli air.. saje lah.. takde benda nak buat kat rumah. Dah upah air, ibu ajak Kancil tidur rumah.

Nama Kancil ni special sebab arwah atuk yang bagi nama. Nama betul Nazirah Darwisyah. Masa kecik punyalah ligat dan talkative, tu yang atuk bagi nama Kancil. Tapi...  ciwek juga😆

Terima Kasih Dato' MB Selangor

Malam tadi Abang Imi hulurkan 2 kotak.

Katanya sumbangan Aidil Fitri dari MB Selangor, YAB Dato' Seri Amirudin Shari.

Semua staff dapat.

Juga sumbangan dari YB Tuan Mohd Kamri Kamaruddin, Adun Bukit Antarabangsa.

Ada kuih raya dan juga kurma.

Nampak macam cornflakes, biskut mazola dan popiah.

Kuih raya tu kena tunggu raya ke baru boleh makan😅
 

Thursday, March 12, 2026

Sayonara Hamada-san

Our Operational Advisor since 2018
Japanese kan.. umur 80s pun masih kuat bekerja. 
Jenis tak duduk diam. Agaknya berapa ribu step lah setiap hari ulang alik ke production floor.
 
Juga farewell untuk Mr Lee, Purchasing & Procurement Manager.

Makan-makan/buka puasa di Kelab Golf Subang.

Wishing you both a happy, relaxing, and fulfilling retirement. You will truly be missed.
Take care and all the best!



Iftar Perdana Sekolah Wafi


Ikut perancangan sekolah Paksi 4 berbuka di netball court lama. Kami dah siap pasang tikar namun langit mendung, kilat dan guruh sudah kedengaran. Pengumuman minta Paksi 4 ke Dewan Makan namun masa tu auntie Nad dah bentang tikar dalam Dewan Besar. Bercampurlah kami 5 family bersama Paksi 1 & 2.

Wednesday, March 11, 2026

Tiles Pecah

Awal tahun ni beberapa keping tiles kat ruang tamu retak. Mujur ia tak pecah meletup² jadi serpihan sebab yang retak tu kat bawah karpet dan beberapa keping kat bawah kerusi. Nak pijak pun kena hati². Bunyi macam keropok.

Rumah ni kami duduki tahun 2004, setelah 22 tahun baru ada tiles yang pecah.

2 hari lepas ayah panggil tukang.

Tukang share gambar ni... ketuk² bawah tiles yang terlibat sekali dia berjangkit². Ada beberapa yang meletup keluar.

Tuesday, March 10, 2026

Menu Ramadan 17 - 20

Sampai dah malam ke 20
Jom sama² kita hidupkan 10 malam terakhir.

Kak Widad sudah mula kelas online. Lecturer buat kelas online jadi pelajar tak perlu masuk kampus sehingga lepas hari raya. 29hb Mac baru sambung kelas bersemuka.

Bila hari kelas, ayah belikan lauk siap². Ada juga hari Kawi nak masak. Ibu memang tak sempat balik masak atas tuntutan kerja. Weekend ibu cover.

17 Ramadan

Sahur
  • Roti Subway

Naik ETS Ke Utara | Hotel SP Central | Bazar Ramadan SP

Cerita Sabtu 7/3/2026
Berdua dengan mommy Mia ke SP naik ETS jam 10.24 am dari Sungai Buloh.
Ada Iftar Perdana petang tu.
Selalu timing yang sama hantar anak, kali ni mommies pulak yang naik ETS.
Ikut plan asal ibu, ayah, Bami dan Kawi nak naik kereta je tapi sebab ibu gang pergi solo jadi lebih baiklah berdua je. Boleh lah Bami berehat hari Ahad sebab Isnin nak start intern.

Monday, March 9, 2026

Abang Imi Mula Latihan Praktikal

Hari pertama internship.
Alhamdulillah dapat penempatan di Shah Alam. Bolehlah berulang-alik setiap hari.

Jumpa gambar masa hantar Form 1.
Nak letak gambar tadika ada dok dalam album dalam box atas almari 🫣

Semoga baik² semua.
Selamat dalam perjalanan pergi dan balik dan sentiasa dalam peliharaan Allah.

Saturday, March 7, 2026

Golden Penda

Masa turun kereta di parkir Lotus Puncak Alam ibu ternampak pokok berbunga kuning yang pada ibu sangat menarik. Kuningnya begitu menyerlah.

Friday, March 6, 2026

Menu Ramadan 13 - 16

Sambunglah lagi entry menu... macam takde benda nak tulis😆😆
Seperti biasa hari bekerja, Kak Widad lah masak. Syukur ibu ngam² puasa, Kak Widad cuti semester. Abang Imi pun sama. 9/3 nanti Bami akan start intern.

13 Ramadan

Sahur

  • Mi goreng Sedaap
  • Telur mata
  • Kentang goreng

XO I Tic Tac Toe

Masa beli baju Wafi di Kedai Karnival, ibu jumpa benda ni. Aihhh.. teruja pula bila ada dalam bentuk kayu. Ibu belilah sekeping, RM2 je. 

Dulu bila main ni cari je kertas kosong dan pensil/pen. Buat palang. Pilihlah nak X ke O. Kadang buat palang banyak² baru isi XO. Rasanya dulu panggil game Silang.

Ibu ada main yang online juga, dipanggil Tic Tac Toe. 

Budak² ni bagitau game XO.

Pulakkk...

 

Thursday, March 5, 2026

Kurma

Saban tahun menjelang puasa ibu jarang beli kurma. Kebiasaannya ada lah yang memberi.

Kurma Ajwa atas tu company bagi.

Yang bawah ada sorang manager ofis bagi... tiap² tahun beliau infaq. Semoga En. Zul cepat sembuh dari kanser ususnya.

Kat rumah anak² kurang makan kurma. Bila berbuka tu terus minum air dan makan nasi. Itu yang kurma tahun lepas pun masih ada lagi.

Tuesday, March 3, 2026

Ujian Diagnostik 1 & Cuti Sakit

Hari ketiga Ujian Diagnostik 1 2026, sudah bermula pada hari Ahad.

Selesai paper hari pertama, hari kedua Wafi  dapat cuti sakit. Hari Sabtu sudah mengadu sakit kepala bila cuaca terlalu panas. Malam tu makan Panadol je. Ahad malam tampal koyok, tak makan ubat. Nak ke klinik tak larat katanya. Semalam pagi baru pergi. Doktor bagi cuti sakit selama 2 hari.

Siang duduk bilik sakit. Hari ni ujian Bahasa Antarabangsa dan Matematik.

Nampaknya 4 subjek (Sejarah, Pendidikan Islam, Bahasa Antarabangsa dan Matematik) Wafi terpaksa ambil minggu hadapan.

Mujurlah semalam masa Wafi call tu suara ceria walau serak. Tau dah kalau dia call suara lain mesti tak sihat lah tu. Pesan dah makan ubat dan minum air kosong banyak-banyak.

Cepat sembuh ya anak ibu.
 

Monday, March 2, 2026

Menu Ramadan 9 - 12

Masuk dah minggu 20 terakhir Ramadan.

Ada hari pagi blank sekejap nak sediakan sahur bila malam tak fikir dulu. Kebiasaannya lauk berbuka masak secukupnya, itu yang pagi kena masak.

9 Ramadan

Sahur
  • Sandwich telur
  • Kentang goreng
  • Telur ½ masak
  • Kuah tomyam (leftover)
  • Telur kicap+sos