Pages

Saturday, April 25, 2026

Jemputan ke Pembukaan Chempaka Jewels

Tengahari tadi ibu ayah menghadiri jemputan makan dari Dato' Dr Hisham Dzakiria sempena pembukaan kedai emas Chempaka Jewels di Eco Twin Centre, Setia Alam. Ayah panggil Sir Hisham sebab dulu lecturer BZ masa degree. BZ ni subject code untuk English. 

Sir Hisham dah pencen dan buka business sendiri.

Menu utama Nasi Lemak... jadi ibu tak ambil. Ada lagi makanan lain tapi disebabkan masih kenyang penangan nasi lemak di rumah, ibu ambil sikit² je. Ibu makan pulut kuning+rendang daging, kek dan puding. 

Gambar dari FB. Sir Hisham beritahu bangunan ni untuk training centre, kedai emas dan bakal ada cafe.


Ayah bersama Sir Hisham.

Naik Tingkat 2 dimana terletaknya kedai Chempaka Jewels.

Gold bar MAA Orodesign.

Ibu check kat website MAA, sama harga.

Masih tak banyak barang kemas yang dipamerkan.

Ada yang kenal?

Penyanyi Ayu Damit.
Duta Chempaka Jewels.

Sempena pembukaan, mereka tawarkan harga emas 1g=RM580 tanpa upah bagi semua jenis barang kemas.

2 minggu lepas ibu dapat extra manis² dari CEO, selamat dah laburkan kat Tomei. Dapatlah sebentuk cincin hasil dari trade in dan tambah duit. Masuk Chempaka Jewels ni tahan diri dari godaan.. walau dah tengok² cincin kat sini. Adalah terberkenan kat satu design ni. Tapi mikirkan baru beli ritu, kita tahan lah dulu.

Sebagai tanda support business, ibu belilah 1g gold bar, RM630. Pertama kali beli GB MAA Orodesign.

Turun kat office sebab nak tunggu Sir. Sekali Ayu sedang nyanyi jadi kami masuk bilik ni. 

Sir request ayah duet dengan Ayu.
Tu diorang nyanyi lagu Sedetik Lebih.

Pusat Terapi Emosi.

Naik Tingkat 2, terus emosi berbunga²🤪.

Sebelum balik, ayah ajak singgah minum kat Setabak Sunsuria, seberang je dari bangunan ETS. Ibu saje lah whatsapp kat group family bagitau pasal Chempaka Jewels. Cik Wada ingat ibu ada beli emas sebab kan baru 2 minggu lepas ibu beli. Lepastu tanya kenapa tak beli.. kan murah harga emas tu, bawah RM600 takde upah lagi. Mesti nanti teringat².

Adehhh.... ibu ni kan imannya senipis kulit bawang 🧅. Mudah terpengaruh😫. Ayah tanya lagi, kalau nak masuk balik jom lah.. karang ngigau... 

Hurmmm... ingatkan nak sponsor 😆😆 

Ayu Damit tegur ... ehh kak, datang balik🫣

Ok lah... biar tak putih mata.
Ringan je ni, 2.43g

Nak sedapkan hati sebab dah terbeli... 
anggap je Self-reward🫣

1 comment: