Pages

Thursday, April 30, 2026

Pulang Bermalam

Lepas Maghrib tadi Wafi sampai rumah. Ayah jemput di stesen KTM. Cuti sampai Ahad sempena Hari Pekerja.

Lepas makan duduk depan TV... sembang² dengan budak kecik. Nampak Fuggler dia pakai goggle. Katanya Ivana bagi goggle tu. Elok ngam² pulak. Keychain lain dari Safina, Airin dan Ayra. Yang keychain Ayra baru je letak.

Dinner tadi ibu beli je kat kedai tomye.
Sebenarnya nak order ikan 3 rasa dan tomyam campur. Bila tanya harga, ikan je RM40. Baik ibu beli set ada nasi putih, tomyam campur, ikan 3 rasa, kailan ikan masin, telur dadar, sambal belacan dan teh-o ais. Set 2 orang makan ni baru RM55

Walaupun untuk 2 orang makan tapi cukup kami makan berempat. Nasi tak habis.

Mangga Cik Ana bagi.. sama gak dengan pokok tepi rumah ibu, berbuah pertama kali.
 
Balik sekejap tapi banyak benda nak buat.
Mujurlah ibu cuti esok, bolehlah susun jadual. Takleh ke mana sangat sebab Wafi kata kena study. Balik sekolah Ahad, Isnin start exam pertengahan tahun.

Pengetua dah bagi pesanan kasih sayang🤩

1 comment:

  1. Eh fuggler ni teringat cuya! Comel pulak dia pakai spek.
    Cuti 3 hari kena pantau wafi study nampaknya, tk dpt menyongkit jauh hehe

    ReplyDelete