Pages

Tuesday, June 9, 2026

Family Day 2026 : Sarapan Pagi Hari Kedua

Hari kedua selepas solat Subuh mak-mak terus turun ke Teratak Bidara. T.akde pembahagian kerja pun tapi masing-masing auto ke dapur. Masak ramai-ramai. 

Cik Nora masak Bakso second trip sebab accessories masih ada lagi. Ibu pun bawa perencah dan daging bakso dari rumah beli toko Ali Bakso tempohari.


Haaa semua nak interprem takut kena kecam siapa takde dalam gambar. Yang takde dalam gambar tu nanti ada lah benda kena buat 🤣
Kira satu satu... nampaknya Cik Fatin takde dalam gambar 😅
Mujur tengahari lepas game Ciktin masak dengan ummi.


Sementara geng ni masak yang lain prep lah apa yang patut... masa ni ibu potong-potong sayur kobis dan carrot untuk masak tengahari. Senang nanti tinggal masukkan bahan je.
Lunch takde gambar, masa tu masak sup ayam + kobis + ayam. Ada topup sambal kicap dan ikan masin. 

Kat dalam rumah Kak Widad dan Cik Biela goreng nugget & roti sardin.

Siap dah menu sarapan hari kedua FD.

  • Mee Goreng
  • Nasi Goreng
  • Nasi Impit Goreng
  • Bakso
  • Nugget
  • Roti Sardin
  • Teh-o
  • Nescafe
Ajak owner join breakfast sekali sebelum beliau kembali ke KL.

 

1 comment:

  1. Suka la bakso ni cumanya tak pernah masak lagi Bakso nya.

    ReplyDelete