Pages

Wednesday, August 26, 2026

Jalan² Pasar Malam Padang Serai

Dari SP ke Kulim, nampak pasar malam kat Padang Serai. Ibu minta Kak Widad singgah bolehlah beli makanan untuk dinner. Kiranya dinner awal lah. Masa ni belum jam 5 petang jadi ada beberapa gerai baru nak set-up.

Putu Mayam ni kegemaran Kak Widad.
Ambil sebungkus RM3, dalam ada 5 ketul.
Kalau yang bungkus RM5 ada 10 ketul.

Tak tahan bau cempedak goreng. Ambil satu bekas berharga RM5.

Gerai kuih talam. Macam-macam jenis ada. Semua sepotong camtu RM2
Ibu beli Kuih Qasidah, ambil sepotong je sebab nak rasa. Biasa tengok dalam medsos tapi tak pernah jumpa. Bila dah jumpa harus lah ambil buat rasa.

Bubur Asyura versi utara,
Pertama kali ibu jumpa dijual potong dan bungkus begini. Ibu ambil satu.
Kawi pulak ambil serimuka, antara kuih kegemarannya.

Cekodok jagung satu plastik 30 biji berharga RM3
Lembut di dalam dan crunchy di luar. Kalau ke pasar malam, makanan ni wajib beli.

Bihun sup utara dan laksa, pun kena beli huhu...
Ibu belikan ayah laksa dan untuk ibu, bihun sup.
Ada juga bihun goreng kuah laksa ya.. tapi ibu takde lah beli sebab tak pernah makan lagi cara begini.
Setiap satu RM3


Makanan kat pasar ni murah. Mostly RM3
Set chicken chop sekali fries RM6 sahaja, ibu belikan Syafwan. Biasa kat pasar rumah, RM10-RM12 saiz yang sama. Untuk tokwan, ibu belikan char koay teow ada gerai makan kat tepi pasar malam.

Air balang cup panjang baru RM3 dan yang paling besar gemuk RM5.
Bahaya nengok makanan kat pasar sini.. kalau ikut nafsu semua nak dibeli. Mujur lah Kawi kata habis ke semua tu nanti.

3 comments:

  1. Bestnya duduk kat Kedah. Makanan murah² lagi. RM3 je bihun sup. Sedapnya. 😋

    ReplyDelete
  2. Kenapa semuanya menarik perhatian ekkk.. aduiii lebih lagi kuih talam dan cekodok jagung tu... adeiii

    ReplyDelete
  3. Wah! bestnya. Dah lama tak pergi Pasar Malam kat 'luar bandar' selalu jejak area bandar je.

    ReplyDelete