Putu Mayam ni kegemaran Kak Widad.
Ambil sebungkus RM3, dalam ada 5 ketul.
Kalau yang bungkus RM5 ada 10 ketul.
Tak tahan bau cempedak goreng. Ambil satu bekas berharga RM5.
Gerai kuih talam. Macam-macam jenis ada. Semua sepotong camtu RM2
Ibu beli Kuih Qasidah, ambil sepotong je sebab nak rasa. Biasa tengok dalam medsos tapi tak pernah jumpa. Bila dah jumpa harus lah ambil buat rasa.
Bubur Asyura versi utara,
Pertama kali ibu jumpa dijual potong dan bungkus begini. Ibu ambil satu.
Kawi pulak ambil serimuka, antara kuih kegemarannya.
Cekodok jagung satu plastik 30 biji berharga RM3
Lembut di dalam dan crunchy di luar. Kalau ke pasar malam, makanan ni wajib beli.
Ibu belikan ayah laksa dan untuk ibu, bihun sup.
Ada juga bihun goreng kuah laksa ya.. tapi ibu takde lah beli sebab tak pernah makan lagi cara begini.
Setiap satu RM3
Bahaya nengok makanan kat pasar sini.. kalau ikut nafsu semua nak dibeli. Mujur lah Kawi kata habis ke semua tu nanti.








Bestnya duduk kat Kedah. Makanan murah² lagi. RM3 je bihun sup. Sedapnya. 😋
ReplyDeleteMasih murah makanan kat sana. Walaupun RM3 portion dia macam kat sini.
DeleteKenapa semuanya menarik perhatian ekkk.. aduiii lebih lagi kuih talam dan cekodok jagung tu... adeiii
ReplyDeleteRambang mata SL kalau nengok kuih² talamnya.
DeleteWah! bestnya. Dah lama tak pergi Pasar Malam kat 'luar bandar' selalu jejak area bandar je.
ReplyDeleteHehe.. pasar malam bandar harga kayangan.
DeleteMurah² nya.. cempedak goreng tu, kalau kat Selayang udah rm10 harganya...
ReplyDeleteBetul Linda murah.. tu yang kalau boleh nak capai lagi.
DeleteMacam murah cempedak goreng tu. Kat taman Cie ni pernah ada orang jual cempedak goreng harga RM1-1.50 seulas.
ReplyDeleteMemang murah Cie.. banyak pulak tu isinya.
DeleteKalau kita pun tak tahan bau cempedak goreng tu. Confirm beli! Kuih talam pun ada macam-macam tu mesti beli kuih kole kacang, favourite tu.
ReplyDeletePelik pulak tengok bubur asyura versi bungkus macam tu. Best pergi pasar malam yang banyak kedai makanan sedap-sedap. Harga pun murah-murah lagi.
Rambang mata Fizah.. kalau boleh semua nak dibeli.
DeleteCempedak goreng sedapnya dan murah
ReplyDeleteHaa murah... dengan bau wanginya.. awal² dah beli dulu.
DeleteDah macam ke bazar ramadan
ReplyDeleteKihkih... tu kalau bulan puasa agaknya lagi banyak yang dibeli.
Deleterasa nak pindah duduk kedah la plk..murah2 nya makanan depa eh
ReplyDeleteJauh sangat tu nak pindahnya 😅... kat Pahang pun mesti ada pasar malam gitu tapi kena pergi ke kampung².
DeleteBihun goreng kuah laksa tu hanya di kedah kak :D
ReplyDeleteSedap tak kuih qasidah tu? Sy suka. Arwah mak setiap kali bulan puasa tak miss buat kuih qasidah ni.
Ooo kat Kedah je ada.
DeleteSedap... ada rasa manis² sikit kuih qasidah tu. Memang kat sini tak pernah jumpa. Agaknya femes kat belah utara sebab kawan akak kat Perak belah² atas pernah mention kuih ni.
Bila pi psr malam.. Mcm2 nk dibeli... Psr mlm area umah dh pindah tapak jauh.. Lama dh tk pi psr mlm
ReplyDeleteLaaa... pindah pulak ya... kadang² kalau semata² nak pergi tu malas nak keluar unless kalau memang lalu bolehlah singgah.
DeleteMeriahnya! Pelbagai pilihan makanan, buat rambang mata. Inilah uniknya mana-mana pasar malam. Lain tempat lain keluar menu jualannya.
ReplyDelete