Pages

Saturday, October 3, 2026

Jogja 2026 - Sarapan Di Hutan Pinus

Bekalan sarapan pagi yang disediakan pihak hotel.

Apabila sampai di Hutan Pinus Mangunan (HPM), Mas Donz mencadangkan supaya kami sarapan dahulu sebelum meneruskan perjalanan.

Tapi Bami pula mencadangkan, “Apa kata kita jalan-jalan dulu? Nanti kalau dah makan, perut dah berat… malas pula nak berjalan.” 😂

Akhirnya kami setuju untuk berjalan-jalan dahulu. Lagipun, waktu pagi memang paling sesuai untuk menikmati suasana hutan. Udara masih segar, suasana pun tenang dan nyaman.

Jadi kami pun berjalan menyusuri kawasan Hutan Pinus Mangunan sambil menikmati udara pagi dan mengambil beberapa gambar. Bila sudah puas berjalan dan perut mula terasa lapar, barulah kami cari tempat yang sesuai untuk duduk dan menikmati sarapan dengan lebih tenang. 🌲🍱☕

Dalam pack sarapan hotel ada :-
  • 2 keping roti putih
  • 2 biji telur rebus
  • Agar² dragon fruit
  • Salad
  • Sosej
  • Salad dressing
Sihat sangat sarapan ni🤣 dan kami lebih tertarik untuk menikmati sarapan yang ada di warung. Warung ni berhadapan dengan pintu masuk HPM.

Buka satu pack je ambil telur rebus dan sosej, yang lain tu kami tapau bawa balik hotel.

  • Coklat panas
  • Kopi-o panas
  • Indocafe panas
Sebab keadaan kat situ sejuk dan nyaman jadi kami cari yang panas² je.
Minum sambil ditiup angin sejuk memang syiok.

Jom tengok apa yang ibu order.

Pisgor.
Pisang Goreng.

Pisang yang digunakan adalah Pisang Kapok jadi manis rasanya.

Akhirnya dapatlah ibu merasa mendoan.
Kerap nampak dalam YT pasal mendoan ni tapi tak tau makanan apa.

Rupanya tempe goreng.
Bila tanya peniaga kenapa tak panggil tempe goreng macam pisang goreng.

Rupanya mendoan tu adalah istilah untuk tepung yang digoreng. Mendoan = muda atau setengah masak. Jadinya tempe digoreng separuh masak dan membuatkan ia lebih lembut. Kat Malaysia biasa cari yang krispi.

Pertama kali rasa mendoan ni kami sudah tersuka. Tepungnya lembut.. ada hirisan cili di dalam. Dicocol/cicah pula dengan kicap manis yang dicampur dengan cili padi.

Sampaikan Bami bagitau nanti ibu cuba goreng style macam ni di rumah.
 
Abang Imi teringin Indomie telur bila nampak yang Mas Donz order.

Sedap... rasanya memang kena makan kat Indonesia lah bila makan mee yang begini.

Tak ada orang lagi di sebelah sana.
Pagi lagi lebih kurang jam 6.45.. sunyi lah sikit.

Di sebelah kanan kami ada pelancong dari Malaysia under travel agency dalam 15 orang. Flight sama dan destinasi wisata yang dituju juga hampir sama jadi keraplah berjumpa. Cuma kami biasanya sampai dulu sebab bertiga je kan. Masa kami sampai gerai ni mereka baru sampai tapi mereka sarapan dulu kemudian baru masuk HPM. Nampak mereka pun makan makanan yang disediakan hotel sebab dalam kotak.. tapi hotel mana tak tau lah.

Nampak pisang di hujung meja?

Nenek cakap bestnya kalau dapat bawak balik.. siapa tanya kat peniaga warung, jual ke😅

Mujurlah tak dibelinya mengenangkan balik cuma beli luggage 20kg je.

Jengok-jengok lah apa yang dijual kat sini.

Ibu beli gula batu, gula Jawa dan kacang goreng.

Harga makanan dan jajanan yang dibeli IDR90,000 (RM21.40)

Ada juga yang menjual naik sepeda motor.
Nenek ada beli keropok dengan beliau.

Cool je tempat ni.
Warung di sebelah kiri dan sebelah kanan sebelah adalah Hutan Pinus Mangunan.
 

30 comments:

  1. Cakap kat nenek pisang kapok kat Malaysia lagi banyak n murah. Orang indon suka combine nama macam pisang goreng jadi pisgor. Mendoan tu pernah nampak reels orang indon masak tapi nak kena tahu tepung nya yang digunakan supayavgorengannya garing. Cecah sambal kicap sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haritu tanya kat peniaga dia kata pakai tepung terigu(gandum). Mungkin ada campuran lain. Sambal kicapnya sedap kak... rasanya kicap ABC dan cili je.

      Delete
  2. Kat sana layan indomee dan indocafe asyikkk

    ReplyDelete
  3. Air dalam cawan tu memang ditutup gitu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. ditutup camtu.. agaknya biar tak cepat sejuk.

      Delete
  4. Bestnya, wishlist gak nak ke Jogja ni..
    Kita baru nak membaca ni Ibo..
    Indonesia makan Pisgor dia memang asyukk ekkkk.. lain rasa pisangnya padahal pisang aja hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jogja mungkin kurang lasak berbanding Bromo SL.
      Setuju... pisang goreng je tapi kat sana kenapa makan rasa lebih sedap☺️

      Delete
  5. Haha nenek dah berkenan tu... Mujur tak ikut balik pisang tu :D Tempe dan tauhu di sana sedap kan Kak, rasa lain dari di tempat kita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut memang penuh beg dengan pisang.. dah lah beg kecik je😁
      Haa setuju.. tempe dan tauhu sana sedap.. agaknya apalah rahsiahnya.

      Delete
  6. Seronoknya jalan-jalan enjoy udara segar Hutan Pinus Mangunan dulu baru makan! Bekal hotel tu sihat sangat, patutlah tergoda nak layan warung depan HPM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti nak rasa yang warung punya. Hotel nya breakfast biashe²😁

      Delete
  7. Ya Allah saya gelak bayangkan kalau nenek bawa pisang itu ke Malaysia, agak2 kena karantina dulu di custom pisangnya 😅😅😅.

    Mendoan itu saya sukaaa juga kak. Asalnya dari kota Purwokerto. Mendoan di sana sedaap sangat. Tapi yang dibuat orang2 Jogja ini saya suka juga. Dan sudah banyak di kota2 lain.cicah sambal kecap kan. Racikan tepungnya itu yang membuat beda antara 1 seller dengan seller lain. Tempenya mungkin sama, tp kalau racikan tepung beda tangan, beda rasa jadinya 😅. Saya sendiri failed buat mendoan hahahahha. Memang tangan tak ada skill masak 😂

    Pisang goreng di Jogja saya sukaaa. Sebab manis memang. Jarang ketemu pisgor tak sedap di Jogja. Ada 1 tempat yang antriannya sampai puanjaaaaaaaang macam ular naga. Belum buka restoran, dah beratur Orang2. Tapi itulaaah, saya nak ajak Raka, dia malas kalau antri panjang 🤣🤣

    Indomie dan kopi makan panas2 di tempat sejuk, memang mantap 😂👍👍. Dan masih jadi misteri, kenapa Indomie yang dibuat warung2 begini lebih sedap daripada buat sendiri 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo. Mendoan tu yang bezakan campuran tepungnya.. tu kalau yang betul² asal mesti lagi sedap.
      Kalau dah sedap orang pun sanggup beratur beli.

      Padahal guna mie yang sama kan.. agaknya mesti nak orang buatkan😅

      Delete
  8. ada2 je nenek ni, berkenan nak beli pisang pulak xD
    biasanya makanan kat warung2 ni lagi best pulak dari makanan yg disediakan oleh agent. nilah masanya nak cuba makanan lokal sana kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur dia tak ikut hari akhir akak ada turun kat lorong jual²an. Pisangnya memang menggoda.
      Kena rasa makanan lokal baru best.

      Delete
  9. Hahaha i is hard fan nenek!!! 🥰🥰🥰

    ReplyDelete
  10. Pisgor pernah dengar perkataan ni. Pisgor nya sedap ya?....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap pisgor tu.. manis walaupun pisangnya tak lembik.

      Delete
  11. Nama kedai tu comel la "iki warung".. hihi .
    Murah betul harga makanannya, harga tiket masuk dekat entry sebelum ni pun murah juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iki tu "ini" lah kan..
      Iki dino = ini hari
      Sak iki = sekarang ini
      Buat revision sikit😅
      Bila diconvert jadi murah.

      Delete
    2. Akak lagi pro dari Linda.. hihihi

      Delete
    3. dino iki mangan eh opo wak? Ahaksss...tetiba anak separa jowo ngomong jowo

      Delete
  12. Saya pernah makan tempe mendoan, di Surabaya dan di Kalimantan. Tapi tiap kali bila buat sendiri tak pernah menjadi hihihii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya memang ke sana lah kak kalau nak makan mendoan tu 😅

      Delete
  13. KSarie selama ni ingat mendoan tu deme panggil tempe goreng. Rupanya ada asal usul kenapa namanya begitu. Makanan di Indonesia banyak pilihan dan sedap-sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingat mendoan goreng tepung hehehe..
      Betul-betul.. makanannya pelbagai dan sedap-sedap.

      Delete
  14. Jeles tgok tenangnya sarapan kat situ..sambil makan sambil hirup udara segar kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul²... tenang sangat tempatnya dan udara segar kat sini dikelilingi hutan pine.

      Delete