Pages

Monday, October 19, 2026

Konvo Abang Rahimi

Alhamdulillah selesai sudah pengajian Abang Imi selama 4 tahun di peringkat Ijazah Sarjana Muda apabila menggenggam segulung (sekeping?) ijazah.
Bami daftar pelajar baru di sini.

Konvo hari pertama 11/10/2026 (Ahad), sidang ke-2 sebelah petang.
Buku majlis sekarang dah tak ada tapi yang kami dapat ni kawan ayah bagi. Yang digital awal-awal lagi sudah dapat.

Posing sket sementara tunggu para graduan masuk dewan.
Parents boleh masuk jam 1.30 pm

Zoom Bami di sanun.

Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Unisza Kampus Gong Badak dipenuhi para graduan, ibu bapa, tenaga pendidik dan para petugas.

Suka vibe majlis konvo.. namun ada rasa sayu juga πŸ˜ͺ 
Membesarkan anak, beri makan, minum, pakai, pendidikan... tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang yang bernama ibu ayah.
Terfikir adakah cukup apa yang diberi untuk amanah yang Allah berikan kepada kami.

Giliran course Bami... nampak dari jauh pakai bunga.. ingatkan kenapa.. rupanya dia graduan pemula untuk ambil skrol. Mungkin lelaki tak ramai dalam 19 orang itu yang mereka mulakan dengan graduan lelaki.

Screenshot dari Youtube sahaja, itu yang blurr sikit. Tak sempat ambil gambar sebab ibu ambil video je.

Majlis selesai jam 4 petang. Graduan kena tunggu sekejap sebab mereka nak ambil gambar etc. Sebelum tu pihak senate telah mengumumkan yang semua graduan secara automatik menjadi Alumni Unisza.

Gambar berdua sebelum keluar dewan. Ini minta petugas kat tepi pintu tolong ambilkan.

Ambil gambar bertiga pula di luar dewan sebelum ke bilik fotografi untuk ambil gambar studio.

Jambangan Lily pink & rose merah untuk Bami.
Pilih Lily sebab bau sedap dan kelopak dia besar😁

Tunggu giliran.. masa ni nombor sebelumnya adalah 076 jadi tidaklah terlalu lama menunggu.
Masa ambil gambar studio tu, graduan lain meriah bergambar dengan adik beradik juga ada yang bergambar dengan saudara-mara.
Tapi gambar Bami bertiga je.
Wafi tak dapat ikut sebab nak exam jadi hari Sabtu kena balik semula asrama. Exam bertulis PDA pula ditangguhkan sebab SBP lain ada yang PDPR. Kak Widad pula baru intern jadi dia taknak ambil cuti. Padahal boleh je tapi dia kena hantar Wafi ke stesen KTM pula. 

Masa ni Bami nak jumpa kawan-kawan semula lepas ambil gambar studio.

Lepas habis konvo dan ambil gambar studio, ibu ayah lepak kat ZUS Unisza sementara tunggu Bami jumpa kawan². Dapatlah ibu ayah jumpa unimate, Prof. Dr Zalailah yang mengajar di Faculty of Business, Economics & Social Development  UMT. Lepas kelas terus beliau jumpa kami. Sembang² tak sedar sejam setengah. Azan Maghrib berkumandang barulah masing² beredar.

Tengahari sebelum majlis, ayah jumpa kawan SAS, En. Fuad yang merupakan Ketua Penasihat Undang-Undang Unisza.

4 tahun dok ulang-alik Ganu, baru lah dapat jumpa. 

v
v
v
v

Gambar-gambar Abang Imi.







 Tahniah Abang Imi atas kejayaan menamatkan pengajian di UniSZA. Semoga terus berjaya, dimurahkan rezeki dan menjadi kebanggaan ibu ayah dunia akhirat. ❤️πŸŽ“

Ketahuilah bahawa setinggi mana pun kejayaan Bami, kasih sayang dan doa ibu ayah akan sentiasa mengiringi setiap langkah Bami.

26 comments:

  1. Alhamdulillah dan Tahniah Abg Imi@Bami πŸ‘πŸ‘
    Semoga terus berjaya di masa akan datang .. Aaminn 🀲🀲

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tahniah Bami! Tahniah ibu & ayah juga. Semoga terus sukses!

    ReplyDelete
  3. Tahniahnyer abang bami
    tahniah ibu bapanya juga

    ReplyDelete
  4. Tahniah bt anakanda Ibo.. moga terus berjaya melangkah ke impian dan tujuan

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Tahniah untuk saudara Rahimi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih uncle Shai πŸ₯°

      Delete
    2. Uncle ke? Nampak macam dah tua sangat lah pulak. ha ha ha

      Delete
  6. Alhamdulillah, bami dah lulus yaaaa... Saya ikut senang baca ini πŸ˜„πŸ‘πŸ‘. Semoga habis ini Bami bisa mendapat pekerjaan yang baik, atau nak sambung study yang lebih tinggi πŸ˜„?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. tq Fanny πŸ₯°
      So far dia tak cakap pulak nak sambung.
      Biar lah cari kerja dulu.. boleh ibu ayah tarik nafas 😁

      Delete
  7. Alhamdulillah Tahniahhh... sejuk mata dan hati yang membesarkan... semoga terus berjaya di step step yang berikutnya.. :D

    ReplyDelete
  8. Tahniah Bami! Dah boleh kerja dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih CieπŸ₯° ... haaa.. boleh keja dah.

      Delete
  9. alhamdulillah, tahniah Bami! tahniah juga pada ibu dan ayah yg memberikan pendidikan terbaik utk anak2. semoga Bami sukses dalam kerjaya

    next year kak widad pulak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. terima kasih Maz πŸ₯°
      Ya betul, tahun depan Kawi pulak konvo.

      Delete
  10. Alhamdulillah..tahniah Bami dan parentsnya

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah Tahniah Bami, Tahniah jugak akak dan suami...

    ReplyDelete