Hari ketiga perjalanan dimulakan jam 8 pagi. Kali ini mengarah ke utara Kota Jogja iaitu ke kawasan Gunung Merapi.
Hari pertama ke Selatan manakala hari ke dua ke arah Tenggara.

Tandas dibina dalam bunker ini.
Google Image
Cermin ajaib.... bergaduh dengan Bami sebab masing² taknak duduk sebelah kanan.... semua taknak jadi gemok🤣🤣

Perjalanan dari hotel 1 jam dan sebelum sampai ke wisata Gunung Merapi, kita ke Base Camp 2 Jeep Wisata Merapi dulu. Sewa jeep berharga IDR600,000
Kat situ ada yang menjual cap... jadi kita beli lah sorang satu. Minta nenek belanja😅
Gambar cubaan nenek buat 🫶😆
Nak ke wisata Merapi dalam 10 minit dan laluannya lebih smooth berbanding ke Pantai Timang. Kita lalu kawasan rumah penduduk kampung.
Nampaknya nasib tidak menyebelahi kami bila awan meliputi Gunung Merapi.
Bila nak tengok awan karpet kat Kebun Buah Mangunan.. awan tak mau datang. Kat Merapi kita nak tengok gunung, awan pulak datang sini.
Makanya... berposing je lah atas jeep sambil membayangkan Gunung Merapi berdiri gagah di belakang.
Beginilah pemandangan Gunung Merapi tanpa dilitupi awan.
Di bawah tu dulu adalah laluan lava gunung berapi.
Sekarang mereka ambil pasir dan batuan dari situ untuk dijual bagi kegunaan bina bangunan, jalan dan sebagainya.
View Gunung Merapi yang tak muncul dari Tebing Gendol Merapi.
Bunker Kaliadem
Dari Tebing Gendol Merapi tour guide bawa pula ke kampung paling hampir dengan Gunung Merapi iaitu Kaliadem yang menempatkan bunker yang dipanggil Bunker Kaliadem.
Kampung Kaliadem terletak di lereng selatan Gunung Merapi kira-kira 4.5 kilometer dari puncak gunung berapi
Depan bunker ada gerai² yang menjual souvenir, makanan, minuman, pakaian dsb.
Tandas bersih juga disediakan dengan bayaran IDR2000. Tak ada penjaga pun cuma kita jujurlah bayar masukkan dalam tabung.
Bunker Kaliadem mula dibina pada tahun 2001 oleh Pemerintah Kabupaten Sleman, Yogyakarta. Proses pembinaannya mengambil masa sekitar dua tahun dan bangunan ini siap sepenuhnya serta diresmikan empat tahun kemudian, iaitu pada tahun 2005.Struktur bawah tanah ini pada asalnya dibina sebagai tempat perlindungan kecemasan bagi penduduk setempat daripada ancaman awan panas (wedhus gembel) semasa berlakunya letusan Gunung Merapi. Bagaimanapun, selepas tragedi letusan tahun 2006 yang menimbus bunker tersebut, ia kini tidak lagi digunakan sebagai tempat perlindungan dan telah diubah suai menjadi destinasi pelancongan sejarah yang popular di Sleman.
Jom tengok apa yang ada dalam bunker.
Kesan batuan dari letusan Merapi pada tahun 2006.
Kesan lava yang memasuki bunker.
Diceritakan oleh tour guide dan dari kenyataan di atas papan tanda, 2 orang sukarelawan masuk ke dalam bunker mencuba berlindung dengan harapan bunker ini boleh melindungi mereka dari awan panas atau lava volcano. Namun bunker ini menjadi tempat seperti oven yang membakar isi di dalamnya. 2 orang sukarelawan ni meninggal dunia.
Disebabkan bunker ini tidak sesuai dan tidak selamat untuk dijadikan tempat perlindungan, pemerintah tempatan menutupnya dan dijadikan wisata.
Kami jalan ke atas pula untuk menikmati pemandangan.
Ada beberapa spot yang kita boleh ambil gambar.
Tour guide kata spot ni paling cantik nak nampak Gunung Merapi.
Dah namanya gunung di sebalik awan.. kita reda je lah.
Ambil gambar awan je lah sambil membayangkan gunung di sana😂😂
Cermin ajaib.... bergaduh dengan Bami sebab masing² taknak duduk sebelah kanan.... semua taknak jadi gemok🤣🤣
Dari Bunker Kaliadem kita ke wisata yang seterusnya.
Museum Mini Sisa Hartaku (Omahku Memoriku)
Museum Mini Sisa Hartaku (Omahku Memoriku) terletak di Desa Kepuharjo, Kecamatan Cangkringan, Kabupaten Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta, Indonesia. Muzium ini mempamerkan barangan yang rosak akibat letusan Gunung Merapi, seperti perkakas rumah, haiwan dan kenderaan. Muzium ini menjadi bukti kedahsyatan bencana alam serta mengingatkan pengunjung tentang kepentingan menghargai kehidupan dan bersedia menghadapi bencana.
Mbah Asih yang merupakan Juru Kunci Gunung Merapi sekarang menggantikan ayahnya Mbah Maridjan Juru Kunci yang terkenal.
Dilantik pada 4 April 2011 oleh Sultan Hamengkubuwono X untuk menggantikan ayahnya selepas Mbah Maridjan meninggal dunia ketika erupsi Merapi pada 26 Oktober 2010.
🌋 Apakah tugas juru kunci Gunung Merapi?
Antara tugas Mbah Asih ialah:
1. Memelihara tradisi dan budaya masyarakat di sekitar Gunung Merapi.
2. Memimpin upacara Labuhan Merapi, iaitu upacara tradisi Keraton Yogyakarta sebagai tanda kesyukuran dan doa memohon keselamatan.
3. Membantu menyampaikan maklumat keselamatan dan mengingatkan masyarakat supaya berwaspada terhadap aktiviti gunung berapi.
Mbah Maridjan meninggal dunia ketika erupsi besar Gunung Merapi pada 26 Oktober 2010, ketika berusia 83 tahun. Beliau dikenang kerana kesetiaannya menjalankan tugas sebagai juru kunci.
Menariknya, Mbah Asih meneruskan tugas ayahnya, termasuk tradisi Labuhan yang diwarisi sejak zaman terdahulu.
Gelaran juru kunci bukan bermaksud beliau mengawal atau boleh menghentikan letusan gunung. Gelaran ini merujuk kepada penjaga tradisi dan kawasan tertentu di Gunung Merapi. Keselamatan daripada ancaman erupsi pula bergantung pada pemantauan saintifik dan arahan pihak berkuasa.
Jika Gunung Merapi ada Juru Kunci, begitu juga Pantai Selatan. Pantai Parangtritis dan Pantai Timang antara pantai yang terletak di pesisir pantai selatan.
Jeep driver merangkap tour guide.
Bongkah batu akibat letusan gunung.
Abu vulkanik
Rangka sapi yang mati akibat terkena lava.
Sepeda motor.
Meter letrik yang lumer terkena awan panas.
Dalam botol menunjukkan debu dari beberapa siri letupan Merapi.
Jam detik yang menunjukkan erupsi/letusan pada 5/11/2010
Apabila gunung berapi meletus, beberapa perkara akan berlaku:
- Lava mengalir – Lava panas mengalir menuruni gunung dan memusnahkan rumah, tumbuhan serta jalan raya.
- Abu gunung berapi tersebar – Abu menutupi kawasan sekitar, mencemarkan udara dan menyebabkan masalah pernafasan.
- Awan panas terbentuk – Campuran gas panas, abu dan batu bergerak dengan pantas serta boleh mengorbankan nyawa.
- Gempa bumi berlaku – Gegaran mungkin berlaku sebelum atau semasa letusan.
- Penduduk dipindahkan – Penduduk yang tinggal berhampiran gunung berapi perlu berpindah ke kawasan selamat.
- Alam sekitar terjejas – Hutan, tanaman dan habitat haiwan boleh musnah.
- Lahar terbentuk – Abu dan bahan gunung berapi bercampur dengan air hujan lalu mengalir seperti lumpur, yang boleh menimbus rumah dan jalan raya.
Aktiviti Air
Dari muzium Mini Sisa Hartaku, kami dibawa ke kawasan air. Aktiviti main air ni optional kalau tak nak basah-basah pun tak apa. Tak ada bayaran tambahan cuma kena beli baju hujan je lah. Yang tu masa kat tempat jeep awal-awal kami dah beli, main ke tidak kemudian fikir 😁
Bila tanya nenek nak masuk tak... nenek kata yaa main..
Nenek ni aktiviti lasak memang suka.
Bami pulak ayat dia... dah sampai sini bu... rugi tak main.
Alang-alang kaaannn
Tak perlu turun jeep, sarung je baju hujan. Ibu dah siap-siap masukkan passport dalam plastik dari hotel lagi. Beli baju hujan yang dua piece maksudnya ada seluar dan baju. Masa sarungkan baju hujan tu seluar kat dalam dan baju hujan kat luar, tak perlu selitkan baju kat pinggang seluar nanti masuk air. Guide yang pesan begitu. Beg pun tak basah sebab duduk dalam baju.
Laluan dia macam sungai kecil, berlopak dan berbatu.
Nenek berdiri kat belakang sebab siapa duduk depan dia akan basah teruk.
Pesanan driver jeep, kat belakang kena pegang besi betul-betul tapi jangan dekat sangat dengan besi tu takut terkena hentakan kat dada.
Mencabar juga bila besi tu dah basah, pegangan akan menjadi licin.
Ada bahagian yang agak dalam.
Oh yaa... tour guide bagitau boleh minta bantuan dari orang kat situ untuk ambilkan gambar dan video guna HP/kamera sendiri. Nanti kita bagilah tips pada mereka. Jumlah tidak ditetapkan sesuka hati. Biasanya kalau sesuka hati ibu akan tanya pada tour guide atau supir berapa bayaran yang sewajarnya. Itu lebih memudahkan.
TG buat 4 kali pusingan.. adehhh... masa pusingan kedua tu ibu kata bila nak habis ni.. penat lah "terlompat²"... Bami dan nenek malahan suka.
Nahhh... isyarat 👍
Nenek yang satisfied dapat main air.
Balik dari aktiviti air terus ke tempat jeep.
Sampai² terus tersedia gambar² yang diambil oleh photographer. Gambar² yang dihasilkan semua cantik pulak tu. Beli lah buat kenangan. Gambar yang kami pilih semua berharga IDR260,000.
Kat sini ada orang jual salak madu. Beli lagi walhal hari pertama dah beli. Tak rugi beli salak madu, memang manis.


































No comments:
Post a Comment