Pages

Tuesday, October 20, 2026

Marmoris House, UMT l Makan² Ganu

Penginapan 3H2M sempena konvo Bami, ayah book Marmoris House yang terletak di dalam kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Hotel paling dekat sebab bersebelahan je dengan Unisza. Jarak 2.5km, dalam 6 minit drive. 

Marmoris House diuruskan oleh Capital O - OYO.

Selain Marmoris House ada juga Marmoris Outlet yang menjual UMT merchandise. Outlet ni terletak di bangunan sebelah Marmoris House.

Kemudahan hotel basic. Mini fridge, drinking water, iron, iron board. Dalam toilet ada shower gel, berus/ubat gigi tiada. Water dispenser ada di ground floor. Aircond dia kemain sejukkkkk. Parking ample.

Depan hotel ni ada cafe, buka dari pagi. Tak sure sampai jam berapa. Tapi masa hari pertama kami sampai hotel jam 2.30 petang, cafe² ni sudah tutup.

Ramai staff dan student makan kat sini. Kalau malam memang kena cari makan kat luar UMT. Tapi banyak je tempat makan cuma kena berkenderaan.

Hari pertama sampai Kuala Terengganu, sebelum check-in hotel, ibu minta Bami singgah kedai yang jual Ikan Celup Tepung (ICT). Bami berhenti di Firdausy Celup Tepung. Tempat makan ni depan airport. Selain jual celup-celup ada juga nasi ayam, sup2 dan sebagainya.

Harga yang dipaparkan.
Ibu bungkus je sebab nak makan dalam bilik.
Ambil sotong, udang, telur sotong, ikan susu, ikan selayang, cendawan pisang goreng dan keropok lekor. Semua ni berharga RM55.
Tambah nasi air dan coconut float.
Semua sedap cumanya tepung gorengan kurang crunchy dan sotong agak liat walau sotong torak. Pertama kali makan sotong kat Ganu dapat sotong yang tidak mencapai standard tekak.. maklumlah dah biasa makan sedap kat Ganu 😁. Tapi habislah semuanya kami makan sampai ke malam. 

Masa kat airport ayah tapau Nasi Dagang Atas Tol (NDAT) berharga RM10 sebungkus. Sedikit kayangan namun tetap sedap walau tidak makan di restoren NDAT.

Hari ke-2, ibu ayah breakfast kat kafe depan hotel.
Ibu ambil Nasi Minyak Gulai Ayam.
Pink betul kaler nasinya.
Ayah makan roti canai dan ibu tapaukan Bami temosa (Karipap inti ikan), bihun goreng dan ayam goreng.

Hari ke-3, pagi sebelum balik, Cik Yah ajak breakfast area Batu Buruk, 30 minit dari UMT. Jumpa kat sana 8.30 pagi. Asalnya nak ke Nasi Dagang Ku Mas rupanya hari tu cuti. Lajaklah ke depan sikit ada kedai Selera Ayam Kampung Terengganu.

Masuk kedai bling.. bling mata ibu nengok makanan yang dihidangkan.
Memang rambang mata betul.

Nengok orang makan sedap betul.... rugi pulak tak tapau.
Ubi getuk + kelapa parut + ikan masin?

Nasi kerabu, pulut kuning, nasi impit, lontong, etc
Goreng²an dan lempeng juga ada.

Kuah laksa Ganu ni yang buat tak tahan. Boleh makan dengan laksam atau mee laksa.
Orang Ganu sebut lakse rupanya.

Kedai ni buka 8.30 pagi jadi lauk pauk belum banyak lagi. Ni kalau penuh lauk mau lagi lama memilih. ehh.. ada juga nasi lemak, nasi goreng dan mee goreng.
Tapi kami taknak makan nasi berlauk atau nasi lemak.

Laksa (lakse) Ganu kuah putih. Tak banyak kedai yang kami pergi ada, jadi ni memang wajib ambik. 

Laksa Terengganu Kuah Putih ialah hidangan tradisi Pantai Timur yang menggunakan kuah lemak santan berkrim bersama isi ikan selayang dan lada hitam.

Mee laksanya guna laksa beras yang saiz kecil.

Nasi Dagang juga wajib😅

Kat sini kena layan diri... aiseyyy... ni yang payah.. tak tau nak agak ambik banyak mana. Patutnya gulai ikan tu asingkan, guna mangkuk lain. Nampak orang sebelah ambil macam tu. Sama gak kalau pergi NDAT mereka hidangkan kuah gulai asing.
Aiseyyy... silap teknik lah. 

Dua menu ni kongsi² dengan ayah.

Terima kasih Cik Rasul & Cik Yah belanja makan. Lepas bekfes, Cik Yah terus ke Fakulti Perubatan HSZA. Petang masuk sidang konvo bagi student medic.

Sebelah kedai makan Selera Ayam Kampung ada kedai Keropok Lekor Bawang.
Cik Rasul yang suggest kedai ni. 

5 tahun duduk Ganu, banyak lah tempat makan yang Cik Rasul explore. Kami ikut je.

Mereka buat keropok lekor bawang goreng di situ.
Ibu beli yang frozen 2 bungkus.
Juga yang baru digoreng, 

Ni lah rupa keropok lekor bawang.
Terasa bawangnya.
Sedap.
Patut beli banyak, Bami pulak terlebih suka... kat rumah masak guna air fryer, ibu rasa lagi sedap sebab tak berminyak.

22 comments:

  1. Pink nya nasi tu Kak ...
    Sy buat list la gini, nx time pegi Ganu boleh JJCM tempat² ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. List panjang oo nanti 😁.. akak pun banyak tempat tak explore.

      Delete
  2. Pink btul nasi minyak tu.. Lapar la tgk menu ganu.. Gitu rupa kepok lekor bawangt.. Tempt penginapan tu ada iron dlm bilik best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab pink tu yang rasa yang berkenan pulak.. rasa sama je.
      Akak sekarang lebih suka kalau iron kat luar bilik... senang takyah pasang iron board hehe

      Delete
  3. Kemain pink dan biru terang nasinya ya 😀

    Wah…menarik jugak variasi keropok lekor bawang tu. Rupa kopok leko tu nampak rangup di luar lembut di dalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaaannn.. pink betul.. yang biru kemahen biru.
      Kami pun pertama kali jumpa keropok lekor bawang.

      Delete
  4. Aduhh sedapnya Laksam dan nasi dagang tu..
    Lama tak ikut Suami ke Trengganu..
    Kalau sana memang hotelnya susah nak cari yang agak bagus, mana ada stay aja laa selalunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suami SL outstation ke Ganu lagi, boleh lah follow... negeri paling bahagia 🥰
      Kami ambik budget hotel je SL asalkan dekat dengan unisza.

      Delete
  5. Dah lama tak makan nasi dagang. Baru sarapan nasi kerabu di hari rabu pagi tadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena makan hari Rabu juga ke nasi kerabu tu 😆

      Delete
    2. Baru lah best makan nasi kerabu di hari rabu. Kalau makan hari lain macam tak sedap je ayat dia. ha ha ha

      Delete
    3. Hahahahaha.. adoiiii🤣🤣🤣

      Delete
  6. Ya allah kaaaak, macam menyesaaaaal sayaaaa kenapalah cuma stay 2 malam di KT nanti 🤣🤣🤣. Alaaaaah, harusnya KT lebih lama stay daripada KL. Dah terbooking pula 😅😅. Memang kuliner nya sedap2 laaaah.

    Itu nasi bisa pink sangat pakai apa yaaa? Buah atau pewarna makanan?

    Celup tepung nya sayang pula tak terlalu Crunchy yaaa.

    Nanti nak cari ini memang.

    Trus laksa Ganu saya memang sukaaaaaa sangaaat. Harus coba yang aslinya di sana. Trakhir coba di KL.

    Keropok lekor nih , kalau saya bawa ke KL, trus simpan dalam freezer penginapan, lalu bawa Jakarta, bisa harusnya kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe... 2 hari tu pulun makan.. tapi jangan ambil banyak sangat jadi boleh rasa banyak benda.
      Nasi pink tu rasa pakai pewarna rasanya.
      Yang celup tepung tu ada sesetengah tempat digoreng dulu kemudian dipanaskan semula itu yang kadang liat isinya.

      Haa.. yang frozen tu boleh masuk freezer dulu.

      Kalau nak isi frozen food, beg yang bahagian dalamnya macam aluminium memang pilihan yang bagus. Biasanya beg ini dipanggil insulated thermal bag, foil cooler bag atau beg penebat haba.

      Delete
  7. Makanan wajib dimakan kalau ke ganu memang nasi dagang dan kopok lekor... kalau tak pekena dua ni mmg tak lengkap la perjalanan ke ganu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa betul-betul.. baru lah rasa Ganu nya 😁

      Delete
  8. Sedapnya makanan terengganu. Lama sangat tak jejak ganu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cieeeee..... sebelah je... boleh singgah rumah abang kat sana.

      Delete
  9. keropok lekor bawang goreng saya tak pernah rasa. aduhh macam sedapla pulakk

    ReplyDelete
  10. Memang tak ke Terengganu lepas habis belajar.. sampai tak tahu dalam UMT pun dah ada penginapan mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tau suatu hari nanti ada anak-anak Linda study situ.. boleh lah mengimbau memory lane.

      Delete