Pages

Thursday, July 7, 2022

Aqad Qurban

Malam ni ibu dan kakak ke rumah Cik Wada lepas hantar Wafi tuisyen. Tujuannnya untuk lafaz Aqad Qurban yang dibuat tahun ini.

Skrip dah ada.. kita follow je lah.
Tahun ini satu bahagian RM750. Bergantung kepada harga lembu. Ada kawan ibu bayar RM700 manakala di surau kariah dan masjid RM800.

Nenek Noeh @ Nenek Meru aka mak Cik Hannis.

Masa ni dah selesai.


Indah Cempaka yang cheeky. Main dengan Kakak Widad.


Aqad untuk diri sendiri dan wakil pada ayah since kita buat 2 nama.

Alhamdulillah.. selesai.

Kena balik awal sebab nak carikan recorder Wafi. End up pinjam Cik Ana je since few kedai tak ada jual. Kedai lain plak banyak dah tutup.

Sahabat Kembali Kepada PenciptaNya

Malam tadi sebelum ibu masuk tidur Abang Imi maklumkan yang sahabatnya baru sahaja meninggal dunia.
Asbab Kanser Limfoma.


Allahu.
Mereka bersahabat dari sekolah rendah, duduk sekampung berlainan jalan.
Kerap keluar bersama dan hari raya sentiasa ziarah antara satu sama lain.

Walau sekolah menengah dan peringkat pengajian tinggi tidak sama, namun masih berhubung sehingga kini.


Anak ini  belajar di Jordan. Lagi setahun habis pengajian.
Menjalani rawatan di Malaysia.
Terus malam tadi abang kata nak ziarah di rumahnya.
Bermalah di rumah Syah dan pagi ini akan ke kubur.

Allahu...
Sedih😢😢😢
Semoga mereka akan berjumpa di syurga kelak.

INFO KEMATIAN


 إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ 

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ  وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ


Tarikh : 6. 07.2022( RABU )


Dukacita dimaklumkan bahawa MUHAMMAD FAIQ BIN ABDUL RAHMAN telah meninggal dunia  selepas Isyak tadi, tinggal di Jln UMNO Kg Bkt Kapar.


In sha Allah jenazah akan dikebumikan setelah urusannya di hospital selesai.


Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebahagian dari taman2 syurga.


Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.


Al Fatihah 

الفاتحة 

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ 

 اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ 

الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ


Semoga syurga tanpa hisab buatmu, Faiq.
Diberikan ganjaran sebaik-baik manusia.

Ibu ambil gambar dari FB ustazah Rozana.

Masyaallah... Allahuakhbar... 
Nukilan dari sahabat Abang Imi juga. 
Sayu.

Monday, July 4, 2022

Abang Rahimi Belanja

Hampir 2 bulan Abang Imi buat partime Foodpanda.
Ahad 3/7/2022, barulah berkesempatan bawa kita belanja makan. Itu pun ibu dan ayah hadiri kenduri dan balik ambil terus Wafi dan abang.

Restoren d'Global Cuisine By Chef Zubir, Eco Grandeur jadi pilihan abang.
Ibu kata boleh ke?
Sesekali Bami kata.
Hurmmmm...


Abang Imi sudah membesar melebihi ayah.




Little sister yang gembira bila dengar abang nak bawa makan hari ini.

Miss you kakak😍

Since ibu dan ayah baru balik kenduri kahwin sahabat ibu dan anak-anak tak mahu ikut, maka Wafi dan Abang Imi sahaja yang order makanan.

Ibu dan ayah minum sahaja.
 
D'global Mojito.
Ibu jarang sangat order air manis dan pelik-pelik.
Since hari ni cuaca panas, teringin pula nak rasa sesuatu yang refreshing.
Nampak pun cantik kan!
Campuran lime, watermelon, lychee, daun pudina dan soda.

Ini ayah punya... tak ingat nama dia tapi campuran lemon, lychee, daun pudina dan soda.. yang kaler biru tu tak tau lah hehehe.. mungkin perisa sahaja.

Minuman Abang Imi memang tak lari... abang tak akan minum yang pelik-pelik. Milo ais tapi level restoren yang sedap.

Abang kata tak perlulah ambil gambar air Wafi sebab teh o lemon sahaja... 
Ada sahaja nak usik adik dia.. biarlah Wafi nak ambil gambar pun😁

Balinese nasi goreng untuk Bami.
Sama seperti yang Wafi order masa birthday treat tempohari.

Spagheti carbonara pilihan Wafi.
Sedap sangat.
Patutlah kakak selalu order bila makan di sini.

Terima kasih Abang Imi belanja kami makan.
Ehhh... Bami bayar half jer.. lebih ayah bayar.
Buat muka kasihan lah tu... 
katanya Imi kena simpan duit😅😅

Semoga Allah berkati rezeki yang Bami terima.
 

Kelodok

Wafi : tadi kita beli keledek dengan nasi lemak kat sekolah petang.

Ibu : uihh.. sedap tu.. jarang dengar ada keledek goreng kat sekolah. Wafi tau ke keledek tu yang macamana?

Wafi : yang manis tu kan?

Ibu : haaaa... betul lah tu.

Wafi : kelodok?

Ibu : hahhh? Mana ada kelodok.. keladi kot

Wafi : owh.. keladi eh.... yang kadang gatal kat tekak tu kan.


🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Sunday, July 3, 2022

Hantar Kakak Semula

Sampai poli kakak, kita menuju cafe terus. Memang dah plan nak lunch kat situ je. nak juga rasa food kat sana.

Abang makan nasi yang ibu beli di restoren tadi.
Wafi nak makan ayam goreng yang kakak kata paling sedap.

Sedap makanan kat salah sebuah cafe di situ.
Air lime tu pun sedap. 
masing-masing siap tapau ayam goreng dan air lime untuk bawak balik.

Wafi plak pejam mata.

Jarang dapat keluar berlima bila masing-masing sibuk dengan study dan kerja.

Gambar ni selepas kami singgah Pusat Islam PSIS untuk solat.

Bye-bye kakak.

Dah seminggu pun kejadian ni dan kakak akan balik bercuti esok selepas habis exam.

Jumpa esok ya!
 

Keaso, Sungai Besar

Bersambung kisah jalan-jalan di Sungai Besar.

Lepas sarapan tu Wafi kata nak cari stationeries. Kakak suggest singgah di Keaso. Menurut kakak, kawan-kawan ada pergi situ sebelum ni.

Kedai serbaneka Keaso.

Lebih kurang macam Kaison lah camtu.

Ibu snap few pictures. Banyak sangat seksyen. Ibu random je ambil.

Kotak hadiah pelbagai jenis dan saiz. Since ibu nak beli kotak hadiah, section ni yang ibu tuju dahulu.

Masa ni kakak dan Wafi pilih barangan yang mereka inginkan di bahagian lain.

Laundry bags.

Tuala, cadar dan selimut.

Karpet pun ada.

Jam dan Frame gambar.

Frame gambar.


Bantal hiasan.


Patung mainan.

Pasu.

Dulu bukan main susah nak dapat pasu kaca camtu. Bila ayah dapat crystal vase sempena long service bekerja, ibu lah yang paling gembira. Ini bila dah banyak pasu kaca tak teringin pun nak beli.

Pasu bunga hiasan.

Bunga hiasan pun cantik-cantik.

Barangan Wafi.. beg sekolah beli lagi sebab yang sebelum ni sudah rosak zip walau baru beberapa bulan beli.

Kakak beli cenderahati  diberi kepada rakan baiknya.

Sudahlah.. jom balik hotel.

Pasar Besar Sungai Besar

Habis beli barang pun dah dekat jam 12 noon. Ingat nak late checkout tapi menurut petugas di kaunter tak boleh sebab ada guest selepas itu. Jadi kami check out jam 1 pm.

Selepas check out singgah ke Pasar Besar Sungai Besar untuk beli kerepek yang dipesan rakan-rakan kakak. Ibu pun beli beberapa jenis makanan ringan untuk dikongsi bersama rakan sekerja. 

Kami hanya tengok kedai di bahagian luar pasar sahaja. Dalam tu ada pasar basah.

Antara barang makanan yang dijual.


Sedap pulak tengok bahulu tu. Haritu tak beli pun.


Kerepek sukun pun ada.


Frozen food.

Lepas selesai beli makanan yang diingini, singgah pula kedai Eco sebab Wafi nak cari stationeries. Kat Keaso tak jumpa pula alatulis.

Selesai di Eco terus menghala ke Poli kakak. Jarak dalam 29km.