Terlaksana sudah impian Bami untuk memiliki basikal. elehhhh... macam lah sebelum ni takde basikal lagi. Seingat ibu termasuk yang baru beli ni adalah 3 buah. Basikal taknak Fixie, nak yang biasa jer tapi ada gear. hurmmmm... sebab dah janjikan.. lepas Bami habis peksa ibu akan belikan jadi bolehlah Bami beriadah dengan kawan-kawan kat area rumah.
Beli pun kat pekan Meru jer. Yang paling dekat sebab boleh bawak balik terus. Sebelum tu dah riki2 kat Econsave. Yang biasa dalam RM190, yang bergear RM275. Brand tak perasan plak. Telan air liur dulu. Oklah kena wat bajet dulu. Kena survey kat pekan jugak. Tu yang hari Jumaat 2 minggu lepas straight ke pekan lepas bawak atuk beli ubat. Ayah kata yang biasa RM180.. yang ada gear RM245 tapi dia boleh bagi RM190. oooohhh oohhhhh... within the budget. Bami pilih kaler. Angkatlah terus masuk dalam cik Nazaria. Sib baik muat. Baru perasan basikal tu jenama Fandi. aikkkk... patutlah murah kan... jenama dari negara yang banyak keluarkan produk murah2.
Ayah kata kalau nak basikal yang ada brand kena order dulu. Tak perlulah.. bukannya nak masuk tournament ke hapa. Cuma nak bersantai-santai jer.
Ibu teringatkan basikal dulu-dulu. Brand Raleigh atau Chopper (kalau tak silap). Sekarang kalau nak beli Raleigh macam kena pikir banyak kali. Dulu atuk belikan ibu basikal Raleigh.... tapi masa tu mana ada pilihan. Harga pun takdelah mahal sangat (kot....) sebab dulu basikal kan digunakan secara meluas. Budak2 sekolah pun naik basikal pegi balik sekolah. Yang berantar ambik mungkin 5% jer. Bas sekolah masa tu takde pun.
Berbalik pada Bami... punyalah sayang kat basikal dia tu. 3 malam duduk dalam rumah. Pakai pun sekali-sekala jer. Ada satu kali tu Wafi terjatuhkan.. dicubitnya lah adik dia tu. Dah merajuk budak kecik tu. Bila Kawi nak pinjam beria tak bagi sampaikan Kawi nak bayar RM10. Baru dia kasi. Tu pun dapatlah seround dua. Dengarnya sampai ke hari ni Kawi belum bayar dan si abang masih dok menuntut. Hurmmm... macam2 lah. Cakap kat Bami, kalau sayang sangat kat basikal tu lenkali tak payah beli. Pegi jer kedai tengok kalau teringin sangat. Tak jatuh, tak hilang, tak calar, tak bocor....
Lepas ni kena belikan basilal lain untuk Kawi pulak. Yang lama tu dah jadi tukun kat rumah atuk. Tunggulah bajet baru yer...
ija tgh nak jual basikal ni... dapat masa Dania menang flower girl kat langkawi 3 weeks ago.. dia ingat kan basikal barbie sekali basikal biasa. Hari tuh tersadai kat corner dalam rumah. Ija letak kat Instagram.. tp tk der yg nak beli. So weekend hari tu paksa Dania main, dia makin kejap jer. kalau nak tgk nnt ija post kat blog ija. Kata committee yg beli cost dia orang RM250. Tp kalau nak ija bagi best prize...
ReplyDeleteok post kat blog. tapikan Dania tu kecik lagi mesti basikal kecik. Kak Widad dah besar panjang.
ReplyDeletekalau basikal kecik RM250 mesti brand elok tuh.
jenuh arrr kalau semua nak barbie. ija cakap la kat Dania, barbie tak naik basikal.