Kawi : Ibu, ni surat tawaran untuk jadi pengawas lagi tahun depan. Tapi adik tak nak tau!
Ibu : Apesal plak?
Kawi : Panas
Ibu : Itu jer sebabnya.
Kawi : Yelah... dah tu adik boleh pegi lambat. Sebab kalau pakai baju pengawas, adik kena bangun awal. Pakai kemas-kemas. Adik nak pakai baju sekolah putih pulak.
Ibu : Siapa lagi yang tak nak jadi pengawas?
Kawi : Ada lah ramai lagi... (sambil menyebut nama kawan-kawan pengawas yang ibu tak ingat).. Yasmin Khalidah (kawan since Taski ABIM) ayah dia bagi seribu ringgit (nak sogoklah tu) suruh dia jadi pengawas.
Ibu : ooo.. camtu. Kalau camtu ibu bagi RM500
Kawi : Taknak..
Ibu : RM505
Kawi : Tak nak jugak..
Ibu : Ok.. lah, ibu upkan RM510
Kawi : Taknak lahhhh ibu nih... adik kesian kat ibu kena keluarkan duit. Tak pun nanti ibu guna duit adik kat bank hahaha... (sambil gelak2)
Ibu : Oklah camtu.. terpulang kat adik, ibu takleh paksa
Tahun ni dah 2 tahun Kawi jadi pengawas, since Tahun 3. Nampaknya Tahun 5 & 6 dah tak pegang jawatan apa dah. Kesian gak pada Widad sebab dia ni jenis berpeluh. Pakai baju sampai 3 lapis. Tudung masuk dalam kemeja, baju kemeja dan vest. Tu pun ibu tak bagi pakai anak baju. Kalau tak mau menggelupur.
Tahun lepas waktu ibu memujuk, ibu cakaplah Tahun 4 sesi pagi, kurang lah panas. Masa 1st jadi pengawas Tahun 3 sesi petang, pakai baju double2 kan berpeluh. Tu pun dalam kelas cikgu benarkan buka vest dan keluarkan tudung dari dalam kemeja. Nampaknya tahun depan Kawi relax lah sket dari duty. Takpelah Kawi, jangan nakal sudah sebabnya masa jadi pengawas ni disiplin tinggi,
Tapikan..... ibu sukalah Kawi berpakaian seragam pengawas... nampak kemas gitu!
No comments:
Post a Comment