Pagi tadi dengar berita kat sinar.fm yang 21/10/12 akan dijadikan cuti umum bagi negeri Kelantan. Ini bersempena team Red Warrior mara ke final Piala Malaysia. Penyokong Red Warrior kan begitu fanatik dengan team mereka, jadinya Sabtu ni penuhlah geng2 merah kat Stadium Malawati, Shah Alam. Samada yang tinggal menetap kat Lembah Klang atau pun datang nun jauh dari Kelantan. Ini semua kerana sokongan yang tak berbelah bagi.
Jadinya dengan kebenaran kerajaan negeri Kelantan, keesokan harinya, Ahad dijadikan cuti umum agar penyokong2 ni tak perlu lah tergesa-gesa balik ke Kelantan yang memakan masa berjam-jam tu kalau berkenderaan darat. Lek luk gitu. Ini untuk mengelakkan sebarang bahaya jika balik dalam keadaan yang letih dan mengantuk.
Jangan pulak yang duduk kat Lembah Klang sesaja nak cuti kecualilah dah apply yer.. Kat syarikat ibu kerja ni ramailah gak geng2 Kelantan.
Selamat bermain buat team ATM vs Kelantan.
Bermainlah dengan semangat berpasukan. Yang tak bestnya kat penyokong2 yang begitu fanatik yang campak botol sana sini.. campak mercun sana sini.. bakar itu ini.. Nak buat jangan kat Stadium Shah Alam yer.... Itu stadium kami tau.. Kesianlah kat persatuan tu nanti kena bayar denda.
ermm...dah lama tak tengok bola live kat stadium... tunggu Red Giant bangkit semulalah.. Sekarang ni macam tengah suam jer..
No comments:
Post a Comment