Pages

Thursday, October 4, 2012

Pendaftaran ke Tingkatan Satu secara online

Minggu lepas Bami balik dari sekolah berbekalkan surat dari sekolah untuk pendaftaran ke Tingkatan Satu. Siap ada instruction sekolah mana nak kena pilih sebab cikgu dah bahagi-bahagikan. Pendaftaran untuk ke
1. Kelas Aliran Agama
2. Kelas Rancangan Khas
3. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Melalui website www.sekolahmalaysia.com

Yang cikgu bahagi kan tu contohnya kalau SBPI, 10 orang murid kena pilih SBPI Rawang, 10 lagi SBPI Gombak dan sebagainya.
Untuk mendaftar plak penjaga dan murid kena ada sekali. Betul gak sebab ko-kurikulum anak, anak2 lah yang lebih tau kan..
Data-data dalam pengkalan data sebenarnya ada portion untuk guru-guru update dan juga untuk penjaga update. Macam no giliran ujian, maklumat sekolah, no. ic pelajar dan ibu bapa, guru dah update cumanya ada maklumat tambahan yang penjaga kena update.

perghhh..... macam nak masuk universiti plak. zaman ibu masuk matriks/U dulu semuanya manual pun. Ke sekolah menengah pun rasanya cikgu yang tolong buatkan. Tau2 jer cikgu suruh daftar ke sekolah sekian-sekian. Sekarang nampak lebih mudah tapi involvement penjaga kena ada lah. Dulu penjaga serah semua kepada cikgu.

Bami cakap ada sorang kawan Danial namanya, sorang jer cikgu pilih ke sekolah Alam Shah, sekolah ayah dulu. Kelas Azam dan straight A je manjang. Ok lah tu Bami, sememangnya dia calon yang layak ke Alam Shah. Tak kisah lah sekolah mana Bami nanti, bak kata ayah 'mana2 sekolah pun tak apa yang penting kesungguhan belajar untuk berjaya tu ada'.

2 comments:

  1. ija dah buat pg tadi tapi time nak print sangkut plak. dah ler ada error kat NRIC, kena inform cikgu utk pembetulan. Dulu2 mana ada macam ni...

    ReplyDelete
  2. ija, sekarang parents kena alert kan menda2 camnih. dulu kan cikgu yang buat.
    haritu masa nak daftar pun hanged manjang mebi sbb ramai user kot. bila bagitau anak dia tak dapat terima lah.. kata nanti cikgu marah lah.. eeee.. geram betul lahhh. esok2 kan ada..

    ReplyDelete