Petang Jumaat lepas, masa ambik Wafi kat school, terperasan yang leher dia cam ada ruam. Straight ke Annur. Masa tengah tunggu doktor tu, perasan plak bunyi whistling. Sah ler batuk. Tak boleh tunggu lama. Since sebelum ni refer kat Poliklinik Meru, jadinya bergegas ler ke sana. Tunggu sekejap jer sebab patient tak ramai.
Kena neb juga lah sebab berkahak. Rujuk gak kat doktor pasal ezcema Wafi tu. Doktor bagi 2 jenis ubat sapu. Siang dan malam. Petang tu doktor check takde demam. Malamnya plak, batuk dan muntah. Itu standard Wafi lah. Tak sempat sediakan besen.. cadar ler jadi mangsa. Dah muntah tu baek punya bau.. kat kepala dan rambut belah tepi kena muntah dia. Tak boleh lap2 gitu sebab banyak gak. Kena bawak gi bilik air jirus kepala dia. Masa tu jam 11 mlm. Jam 2 pagi demam.. adoiii... cool fever dan ubat demam sentiasa standby. Alhamdulillah.. paginya dah kebah.
Bolehlah berjalan ke Cameron Highland. Tolak jam 7.00 pagi. Abang dan kakak dah risau sebab kalau si adik tak baik memang cancel lah trip ke CH tu. Wafi plak bangun awal dengan cerianya. Siap mandi dan pakai baju lawa2.. Tu pun baju ikut pilihan dia. Kalau tak takmo pakai. On the way tu, Wafi takde lah banyak ragamnya. Boleh dikatakan tidur dan bergayut sepanjang jalan. Lebih senang begitu dari dia jaga dan buat perangai. Bila sampai ke Tapah untuk breakfast, mood Wafi tak berapa baguslah pulak. Cepat2 makan dan bertolak naik. Ok takpe dia tidur lagi. Mungkin tak berapa selesa sebab panas dalam kot.
Sampai CH, jam 11 am gitu. Alhamdulillah boleh check in terus ke bilik. Rehat kejap jam 1 pm jalan kaki ke pekan Tanah Rata untuk lunch. Balik bilik rehat lagi dan jam 4 pm gi Brinchang plak. Masa ni mood Wafi tak bes sangat. Taknak senyum langsung. Penat dan tak sihat. Tak mau makan, tak mau minum. Tapi mauuuuu main ride yang kena bayar 50 sen tu. ermmmm... nasib baiklah ada ride tu dapatlah menceriakan dia. Habis lah dekat RM5. Banyak gak ride yang diorang sediakan.
Malam tu jam 9 Wafi dah tidur. Siang tu batuk takde tapi time tidur tu boleh dia terbatuk dan muntah. Tapi takler banyak sangat muntah dia sebab siang dia taknak makan. Cuma susu jer.. Selamat ler cadar kalau tak satu hal plak nak membasuh. Jam 12 tu mula panas dah badan dia. Tangan dan kaki tersangatlah sejuk. Ibu tak berani nak lapiskan badan dia dengan selimut banyak2 sebab doktor pernah pesan kalau anak demam jangan ingat dia sejuk then kita selimutkan tebal2, sebabnya dalam badan tu yang panas. Letak cool fever dan bagi ubat demam. Paginya alhamdulillah dah kebah. Seharian elok jer.
Malam tadi, jam 12 demam lagi. Sebelum tu dah muntah. Sian Wafi.. asal malam jer demam. Ibu kesian jugak sebab pagi ni tak dapat jaga Wafi, ada kerja yang kena settle. Lagi pun kalau siang takde plak demam. Ibu pesan kat ummi kondisi Wafi. Ubat semua ibu bekalkan. Cepat sembuh yer nak..
Petang nanti ibu cepat balik.. Rindu arrrr.... mmuahhhh...
Tgh musim ni... Dania pun belum 100% settle batuknya. stop ubat ada jer bunyi kahak.. on ubat boleh plak tk batuk..
ReplyDeleteTu lah ija, kenkadang kesian kat budak2 ni dok asyik makan ubat jer.. hampir tetiap bulan ulang ke klinik jer. Bukan berkira pasal duit tapi lebih pada kenapalah dok asyik batuk jer.
ReplyDelete