Pages

Sunday, November 25, 2012

Pangkor 2012 - Day 1

Hari Jumaat 23/11/2012, jam 7 pagi bertolak dari rumah. Ikut hi-way Latar jer ke Kuala Selangor. Seronok perjalanan pagi sebab tak rushing cam ke tempat kerja hehe.. sambil menikmati pemandangan sawah padi juga ladang kelapa sawit. Ahhh... indahnyer pagi..

Breakfast di restoran tepi jalan jer. Ayah kata restoran ni sangat terkenal di Teluk Intan. Ada 3 cawangan. Wafi jumpa ride mickey mouse, suka lah dia.

Kak Widad makan roti milo. Sedap gak. Ibu minum kopi jer sebab dah makan dalam kereta, sandwich juga nasi goreng khas buat cik mek molek Wafi Hanani. Bami cam biasa dengan roti  telur.

Mr. driver makan nasi tu....
Ok sambung perjalanan... macam2 kerenah anak2 dalam kereta.

Parking kereta 24 jam RM10.
Wafi kan pertama kali naik feri ke Pangkor (yang kedua selepas Penang) jadi tersangatlah teruja nya. Takmau duduk. Bila dah bosan menetek lah apa lagi. Kalau tak dibaginya meraunglah ini budak!
Tambang feri RM10 dewasa, RM5 kanak2. Kira sekali bayar jer.

Sampai di jeti, naik teksi PINK... Wafi sukalah.. Vam tu open air.. ala2 tergamam gitu.. Pastu sengih2 sebab rambut dia gerbang2.

Stay kat Budget Beach Resort, semalam RM120.  Sampai2 around 12 noon., kena tunggu dalam 30 mins sebab bilik tak siap lagi.

Rehat2 dulu. Jam 3 ptg baru turun ke pantai. Cuaca mendung sikit. Sebelum tu hujan renyai2.
Jumaat tu orang tak begitu ramai.

Wafi main kat tepi jer. Muka macam kena tembak jer sebab sebelum tu terminum air masin. Bila pujuk2 mandi masinnnnn... katanya.

Wafi layan hornbill jer lah kat tepi tu. Bami kelaparan plak. Makan nasi lemak tu!

Ni dalam jam 4.30 petang. Gelap sungguh. Hujan renyai2 mula turun. Sebab Wafi kecik lagi kena lah naik. Kalau dah besar boleh lah sambung lagi!
Lepas bersihkan diri, lepak2 lagi.. sejuk.tu. Wafi jam 5.30 pm dah tertidur.

Kami bertiga dinner kat gerai tepi jalan tu je.. Ayah tunggu Wafi kat bilik.
Yang hebatnya, Wafi tertidur sampai ke pagi keesokan harinya. Terjaga 2-3 kali untuk menetek. Tu pun sekejap jer sambil mata tetap terkatup. Bagus2... dan ibu pun sangat lena malam tu!


4 comments:

  1. Berholiday ni memey sheronok, tp time penat tu yg tak best... sesekali gateaway with kids happenig gak kan. Sekarang ija tgh cari masa untuk my own gateaway.. hehe bukan nak holiday oversea, cukuplah kalau ija dapat 1 day leave, lepak kat rumah dan shopping for myself.. dah lama tk berderats sorang2 ke kl...

    ReplyDelete
  2. sekarang ni coti sekolah ija... nanti terkilan plak jenjalan sorang2 tinggalkan anak. Tunggu diorang mula sekolah.

    ReplyDelete
  3. manyak syok maa...so trip thun depan yer kite reramai g sane..

    ReplyDelete
  4. cik ami, ramai nau nak beranak tahun depan... mungkin gi PD.. belum finalise lg.

    ReplyDelete