Pages

Saturday, November 3, 2012

Penangan kopi

Tentu ramai orang yang menggemari kopi dek kerana keharumannya yang meruntun jiwa. Ibu dulu-dulunya memang tak minum pun kopi, kalau nescafe tu adalah sikit2. Sebabnya kalau minum lepas tu memanglah fenin kepala. Tapi masa pregnant kan Wafi, bolehnya ibu minum kopi. Bukanlah selalu tapi kerap lah juga hehehe... Masa tu teringin lah sangat minum kopi-o yang 2 in 1. Ni dek kerap terbau keharuman kopi kawan ofis yang dok selalu buat pagi2. Tak menahan jiwa.

Jadinya memang adalah stok kopi 2 in 1 dan 3 in 1 kat rumah. Takkan stop sebabnya ayah pun suka minum kopi tu. Sekarang ni kopi yang femes kat rumah kopi 3 in 1 jenama Klassno warna gold tu. Memang sedappppp.....

Seminggu gak ibu mengadap kopi tu sambil cicah dengan biskut Munchy untuk mug. Nikmatttt.....
Hari Khamis lepas, lepas balik dari stock take kat kilang (sekejap pun tak sampai 2 jam) kepala dah pening. Mintak panadol kat HR bolehnya takde. Jadi waktu rehat sejam tu ibu tidur lah kat bilik ibu. Tak selesa lah pulak sebab kepala je atas meja. Kerusi pulak jenis yang tinggi takleh adjust ke belakang. Hurrrmmmm.. Bangun2 tak baik pulak.  Pindah plak ke meeting room aka bilik solat (sebab tak nak berjalan jauh ke surau kilang). 1/2 jam tak ok lagi. Ada report plak nak kena submit. huhuhu.... nak meletup dah kepala.

Jam 5.30 pm terus cabut balik singgah kedai beli Active Fast dan roti. Sampai rumah lepas mandi2, makan roti & ubat zassss terus tidur tak hiraukan anak-anak dah. Mintak ayah tapaukan dinner untuk diorang. Wafi pandai2 lah cari tet** sebab ibu dah standby jer. Sian... ibu terjaga malam, Wafi kat sebelah ibu.

Pagi jaga, segar... hilang dah sakit kepala yang menyayat hati huhuhu... Jadi mulai hari semalam no more coffee... sedihnya... tapi kalau dah gian... nak jugek hehehe...

No comments:

Post a Comment