Pages

Wednesday, November 7, 2012

Terima kasih ummi

2 hari lepas dapat SMS daripada Ummi Linda yang mengasuh Wafi di taska menyatakan esoknya (semalam) adalah hari terakhir di taska. Sebulan sebelum tu ummi dah bagitau dah tapi masa tu inform bulan Disember shall be her last day. Malam lepas solat isya' mintak ayah hantar ke pekan nak beli gift la sebagai kenangan buat ummi.


Kalau pepagi mana2 ummi yang ambik mesti senyum jer... kalau cikgu yang jemput mesti takmo senyum. Macam2 lah ini budak... Gigit nanti!


Buat ummi daripada Wafi, ibu belikan telekung dan sebuah buku... alhamdulillah ummi suka... (ummi smslah bagitau hehe..)
Wafi ni agak rapat dengan ummi Linda sebabnya dari umur belum 2 bulan dah dihantar ke taska. Ummi Linda lah menjaga selain Ummi Rose. Kemudian baru lah tiba Ummi Anis dan Ummi Lin, selain Ummi Aida sebagai principal. Kalau Wafi merajuk kat school, ummi Linda je lah yang dapat pujuk dia. Memilih betul lah anak ibu ni.

Malam tadi ummi ada sms cakap Wafi duduk dekat ummi jer... macam tau-tau je ummi nak berhenti. Sebenarnya ibu dah awal-awal pesan kat Wafi yang lepas ni ummi takkan jaga Wafi. Dah faham lah Wafi gamaknya.

Sebelum ni ummi ada offer nak jaga Wafi kat rumah dia. Tapi ibu tolak dengan baik sebab nak bagi Wafi bergaul dengan kawan-kawan. At least kat taska, walaupun belum masuk kinda. lagi, banyak perkara Wafi perolehi. Yelah.. dah tetiap hari asyik dok dengar abang2 dan kakak2 belajar. Bukanlah maksud Wafi belajar akademik secara langsung tapi lebih kepada interaktif dan stimulation. Alhamdulillah..

Wafi pun masih boleh jumpa ummi Linda kan selepas ni... Ummi cuma akan jadi full housewife sebab nak uruskan anak yang akan ke pra sekolah tahun depan. Sementelah lagi, ummi ni adalah sedara juga sebab abang ipar ummi adalah sepupu atuk. Kakak ummi, mama lah yang jaga Bami dan Kawi sehinggalah mereka umur 4 tahun. Bila masuk kinda. semua dihantar ke rumah nenek ina.
Alhamdulillah, hubungan tu masih utuh dan harapan sama untuk

Wafi

Ummi Linda.

No comments:

Post a Comment