Dua bilik dah jadi library.
Ni 1st library.. actually ada 3 rak buku.
Sebelah tu plak buku2 yang belum bersusun. Rak habis lah tu!
Menyelit2 rak buku.
Yang sebelah kanan tu 2 rak kat bilik solat aka bilik study anak2.
Buku sekolah dan bacaan kanak2 yang tunggang langgang.
Errmmm... dah malas nak menyusun.
Yang sebelah kanan tu jer rak majalah dan novel ibu yang tinggal. Majalah2 lain sudah discrapkan.. Tak larat nak simpan. Mula2 hari tu simpan dalam stor, elok jer bersusun tapi lelama berabuk, jadinya dilupuskan jugek.
Kat situ gak apparatus Wafi. Kebanyakannya wood puzzle.
Hari tu terbaca dalam suratkhabar tentang "e-book membebaskan ruang daripada timbunan buku". Ibu sangat setuju tentang ni. Yerlah.... kalau tak 2 bilik tu bolehlah digunakan sepenuhnya sebagai bilik tidur @ bilik solat. Kalau letak satu rak jer ok lah kot.
Tapi kepuasan membaca mungkin tak sama kalau guna e-book nih. Sebab ibu membayangkan membaca novel melalui talian maya mesti takde feel. Takleh baring2.. takleh gomol2 Wafi sambil membaca. Lagi satu... mungkin judul2 buku dalam e-book ni kurang dari buku-buku yang ada.
Wallahualam.
Next project nak menyusun buku2 tu balik.
Ayah... sila lah take note. Boleh tak tahun depan budget buku tu dikurangkan. Tambahkan ke budget kasut ibu plak.. tata...
nak tanya... kenapa section buku anak anak tk pernah nak tersusun rapi? Kalau di susun paling lama 2 3 hari jer... lepas tuh back to normal... puas berleter dah ija kat anak anak...ija langgan majalah Keluarga. Cik abang kata ija membazir sebb baca sekali jer pasti "sedekah".. hahahah.. time mood kemas majalah datang... bertingkat tingkat ija sedekah...
ReplyDelete