Pages

Sunday, November 4, 2012

Donut... 2 citarasa 2 resepi berbeza

Donut yang ibu buat pertama kalinya ambik dari blog Che An
Memang menggoda jiwa tatkala pertama melihat kegebuannya... Dengan jati diri yang tinggi dan tawakkal maka berusahalah membuatnya demi memenuhi selera.



Minta izin copy paste (tak kira izin ke tak nak jugak copy paste hehe...)  senang nak buat rujukan di masa akan datang.

DONUTSumber1: Kak Azlita @ Masam Manis
Sumber2: Kak Yati
Dicuba oleh: CA
Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut )
  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin/butter
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

"DO IT YOURSELF"
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  1. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  1. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  1. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  1. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
  1. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan.
  1. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  1. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^



Ni plak pagi ni baru buat.
Resepi dari nenek Rawiwa yang dipelajari dari kelas masakan KEMAS. Walau sudah berpuluh tahun masak, nenek masih ada hati untuk mempelajari resepi2 lain. Kesian katanya takde ramai orang nak pegi kelas masakan. Guru, tempat, bahan semua disediakan tapi tak ramai bahkan kadang2 takde pelajar huhu.... Mungkin sekarang dah zaman internet jadi ramai belajar kat rumah jer... errr... macam ibu gak hehe... Bila dapat makan yang nenek buat... Subhanallah.... begitu nikmatnya makan donut yang bukan diri sendiri buat..
nak cuba gak buat.


RESEPI BERASASKAN YIS (ROTI)

1 kg tepung roti
100 gm tepung superfine
20 gm yis
35 gm susu tepung
10 gm bread softerner
10 gm bread improver
160 gm gula pasir
15 gm garam

2 biji telur
580 ltr air sejuk

130 gm mentega

Putar semua bahan sehingga elastik (10 minit)
"LIHAT DEMO"

Aduhhhh..aci tak bila lihat resepi yang gini.. Ni kalau belajar terus dari cikgu bolehlah... Ni tak... nenek bagi kertas yang beliau belajar... terpinga2 jap... camne nak buat. Bila telefon nenek, cakap.. semua bahan tu campurkan... lepas 10 minit diputar, letak & tunggu kembang. Dah kembang, terap bentuk donut dan tunggu kembang lagi.. pastu goreng.. perghhhh.... macam orang pro buat.

Pastu ibu godek2 lagi resepi Che Ann.. dapat plak resepi roti... ehhhh... macam sama... follow cara2 tu.. cuma resepi ambik nenek punya. Hehe... tak sangka arrr roti tu boleh buat donut hehehe..

Tapi rasanya kalau nak buat donut dengan cepat better guna resepi donut sebab tak ambil masa yang lama... kalau resepi roti tu... makaihhhhhh... jenuh nak nunggu kembang..

GARLIC BREAD
Sumber: IzahDaud  &  Chah
Dicuba oleh: CheAnn @ Dari Duniaku...

Bahan-bahan asas Roti
  • 500 gram tepung gandum ( Cap 1 mesia lagi...murah beb RM1.35/kg depa pakai high protein)
  • 100 gm Gula castor
  • 30 gram susu tepung
  • 1 biji telur
  • 11 gram yis ( 1 paket)
  • 1 tsp bread improver
  • 1 tsp bread softerner
  • 1 tsp garam
  • 80 gram butter/majerin
  • 250ml air sejuk
Cara -cara
  1. Masukkan semua bahan kecuali majerin dalam mixer...bio mixer tu yg uli kasi sebati. Dah serik uli tangan lengoh gilerrr...
  2. Adunan dan sebati gitu baru masukkan majerin...separuh mixer uli separuh saya uli dengan tangan..rasa cam lemmm je mixer guwe menguli...hehe
  3. Uli hingga doh licin dan tak melekat kat tangan
  4. Biarkan hingga doh kembang dua kali ganda dari saiz asal
  5. Tumbuk2 manja doh untuk keluarkan angin..eh salah ungkapan...udara gitu
  6. Lepas tu bentuk la ikut kegemaran masing2.Saya buat dua patern...yg bulat2 tu senang je dan cepat.Kalau yg panjang macam finger tu kena canai dulu dan gulung.Buat la agak dlm 40-50grm setiap doh.( memula timbang dah malas agak2 aje...<< jgn ikut saya)
  7. Letak dalam loyang yang dah disapu dgn sedikit majerin/butter/minyak/minyak sayur.
  8. Biarkan doh Kembang naik lagi skali ganda
  9. Sapukan dengan Garlic Spread
  10. Bakar dengan suhu antara 170'c - 180'c selama 25-30 menit ikut saiz dan kepanasan oven masing2. Kalo hangus jgn salahkan owang plak ekk..agak2 la..dah nampak masak tu...kuning je permukaan kuo kan la dari oven.

No comments:

Post a Comment