Dah decide since malam tadi, kami akan ke pasar pagi Shah Alam. Cik wada pun nak join sekali. Pagi tadi jam 7.40 keluar dari rumah. Ambik Cik Wada dulu kat Klang sebab pagi tadi Cik Wada follow Cik Baya hantar atuk ke hospital. Atuk sakit tangan pagi tadi maybe disebabkan semalam terjatuh kat dapur. Alhamdulillah, tak perlu admit pun.
Ibu rasa bekfes kat pasar pagi ni tersangatlah mahalnya. Rasa tak berbaloi plak. Mee goreng kosong RM2.50. Rasa biasa je. Bukan banyak pun menda2 dalam tu. Kueteow sup tambah meatball RM6. Damage bekfes dekat RM40. Pasar pagi bukan pilihan lah. Sib baik pegi like setahun sekali dua jer. Lebh baik makan bekfes McD huhu..Lepas tu beli ikan dan sayur jer. Dalam RM15 jer.
Ayah ajak ke muzium Shah Alam.. Taknak lah. Penat plak nak berjalan. Ok lah, option ke library. Hurmmm... mikirkan ikan dok dlm but.. tak jadilah. Kak Widad dah muncung jer sebab tak nak balik lagi. Oklah... tukar plan ke Setia City Mall. Senyum lah tu!
Ok.. memula ke playground dulu.
Wafi nengok jer sebab takleh panjat lagi.
Dah penat, masuk dalam mall. Cik Wada belanja aiskrim Mc D.
Rugi Kawi, cik wada nak belanja aiskrim mahal, dia order chocotop. Katanya kesian kat Cik Wada, nanti duit habis.
Wafi dengan vanilla cone jer.. Ibu yang dok perabihkah sebab nak nunggu dia makan, menjejeh-jeheh jer.
Cik Wada kan tengah kaya. Dapat biasiswa JPA tu sebab 4 flat masa kat matriks. Syabas! Ala.... setakat RM20 no hal lah Cik Wada nak belanja.
Sekarang ni ibu dah suka plak makan McFlurry Oreo. Ni Kawi lah yang ajar. Tapi ibu punya Wafi yang habiskan huhu..
Lepas ayah keluar dari MPH, order plak set McChicken. Tak kenyang2 ke korang ni!
Wafi enjoy sangat dengan french fries dia. Cicah sos tomato tu!
Bami dok rajin melayan si adik.
Lepas tu window shopping Parkson. Wafi pulak melepaskan hajat. Lepas cuci2 balik lah.
Setengah hari juga lah kat luar. Sampai rumah jam 1.30 ptg. Lepas solat zuhur semua tidur keletihan dan kekenyangan.
Masing2 bangun jam 5. Seronoknya tidur Nikmat gitu dengan cuaca yang nyaman. Kalau hujan lagi syiokkan... Minggu lepas straight hujan petang kat ofis. Bila hari cuti tak hujan plak. Tapi still tak panas sangat.
Lepas maghrib, ayah nak ke Masjid Meru sebab ada ceramah perdana ustaz Azhar Idrus. Tak sampai 15 minit dah sampai rumah balik. Katanya tak dapat parking. Kalau nak tersangat lah jauhnya. Hehe.. sian. Orang lain pukul 6 dah kat sana malah ada yang lagi awal. Takpelah ayah, ada rezeki lain kali pun boleh.
No comments:
Post a Comment