Pages

Sunday, July 23, 2023

Cameron Highland 2023 - Lata Iskandar

Plan ke Cameron Highland dibuat pada bulan Mei 2023. Reunion ASAS ayah diadakan pada 22 & 23 Julai 2023 di Lembah Temir Raub Pahang. Bila fikir-fikir, why not ibu pun healing juga 😁. Dalam kepala terus teringin nak ke Cameron Highland. Untuk drive sendiri memang takde lah.. terus terfikir Cik Fatin. Cik Fatin kata ok je siap cakap... nak pergi CH bulan Julai pun nak kena plan sekarang ke.. ehhh.. ofkos lah!


Jadi ajaklah sekali Cik Wan. Since ibu dan kakak je ada, maka seat 1 lagi kosong. Ajak ummi. Ummi last minute baru bagi jawapan sebab nak kena tengok ada anak-anak pulang bermalam atau tidak.
Bila tiba hari kejadian, Cik Wan kerja, Izzatun pula balik bermalam. So kita berlima lah boleh pergi.
Ibu, Kakak Widad, Cik Fatin, ummi dan Izzatun.

Jumaat malam lepas Isyak kita bertolak ke Tapah. Tidur semalam di rumah ummi. Esok pagi senang, awal boleh terus gerak.

Pagi Sabtu, 22/7/23 kita keluar rumah jam 7.30 am. 
Sempatlah sarapan cempedak goreng buat alas perut.

Check waze boleh sampai Cameron Highland jam 9 am.


Awal lagi kan... kita singgahlah Lata Iskandar.
 
Ada 2-3 orang je.
Nyaman je pagi tu.

Selfie nak tunjuk abang-abang lah tu 😀


Jernih, terasa-rasa kesejukannya.


Anak ummi!

Nahhh.. simpan sini, nanti Izzatun boleh tengok hahaha

Tak boleh stay lama-lama.... sejukkkkkkkk

Disebabkan hari pun masih awal lagi, gerai-gerai di tepi jalan tu tak buka lagi. Jadi kami hanya berjalan-jalan untuk mengambil gambar sahaja di sekitar sungai.
Sekejap sahaja di sini dalam 10 minit sebelum kami meneruskan perjalanan.

4 comments:

  1. seronoknya pi CH...lama dah pi , last 2018 ke 2019 agaknya....lupa dah..malas plak nak korek entry lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah nanti lepas kahwin jalan-jalan situ.... banyak betullah whistlist nya eh 😁

      Delete
  2. wah gegirls day ye..kalau wafi nampak ni muncung tak ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat taknak bagitau.. tapi tak boleh.. sebab Wafi ni setiap hari akan tanya mama buat apa.. mama kat mana..
      Ibu pulak jenis yang tak sampai hati nak tipu jadi sehari sebelum pergi tu bagitau dulu, mujur dia ok.

      Delete