Pages

Monday, July 17, 2023

Cemilan Buat Ahli Mesyuarat Lot

2 minggu lepas Cik Rasul cadangkan buat mesyuarat di rumah kita jam 9.30 pm, Ahad. Minta masakkan mi goreng, ahhhhh.. senang lah dah ada yang suggest tak perlu pening-pening kepala mikir menu. Lepas Maghrib masak tak adalah kelam kabut sangat nanti.

Siap masak ibu dan Kawi makan dulu sebab dah lapar sangat, siangnya kan makan awal.
Accessories pun ringkas je cuma ayam, fishball, fishcake, sawi dan cendawan shitake. Lupa nak beli taugeh dan bawang goreng.

Add-on buah oren, kek pandan dan kek keju.
Kek kakak belikan di kiosk dalam Lotus.

Hidanglah siap-siap sementara menunggu ahli mesyuarat.
Nak letak meja makan tak pasti berapa ramai pula yang hadir kot tak muat meja kerusi 8 pula.

Settee buat hiasan 😁
Masing-masing selesa duduk di bawah.

Cik Ujang bawa sebekas karipap ayam.

Semoga kata sepakat kejiranan membawa kesejahteraan.

No comments:

Post a Comment