Pages

Friday, July 14, 2023

Cerita Dari Asrama

Rabu malam Wafi call beritahu yang dia demam. Bercakap pun tak larat. Ibu pesan naik bilik makan ubat dulu dan terus tidur. Pagi Khamis pergi Dewan Makan (DM) sebab ada doktor yang datang buat pemeriksaan pelajar yang sakit. 2-3 hari sebelum tu Wafi ada beritahu ramai kawan² yang sakit dan ada yang tinggal di bilik sakit dan ada juga yang pulang ke rumah.

Petang semalam, Khamis Wafi beritahu yang dia masih demam tapi masa doktor check dia tak dapat MC. Jumpa penyelia asrama dan minta ibu hubungi PKHEM. Cepat² lah ibu minta kebenaran untuk bawa Wafi balik. PKHEM benarkan dan beliau minta jumpa doktor juga. 

Lewatlah sikit makngah Shila ambil, jam 5.30 pm sebab ada kem di sekolah.

Letih sangat tu.. Coklat yang ibu kirim pun tak sempat makan.
Ibu minta Wafi rehat je malam tadi.
Makngah bawa jumpa doktor, dah tak demam. Dapatlah 1 hari MC. Malam check semula 39 deg.

Kasihannya anak ibu. 

Ibu ayah tak boleh terus balik Kulim. Seperti yang dirancang kami akan balik Jumaat malam selepas kerja. Ikut jadual esok Sabtu adalah hari outing 

Tadi call ceri-beri pula walau tak banyak. Digize EO tak bawa pula. Minta sapu Deep Relief je lah.

Cepat baik ya!

Cik Ana share picture ni, tak pasti ambil di mana. Rindu senyuman tu.

Wafi, awak tunggu ibu ayah sampai ya. Duduk dulu dengan makngah dan atokwan.

Kami dalam perjalanan ni.

Insyaallah tengah malam nanti kami sampai. Malam ni ibu peluk awak tau!
 

No comments:

Post a Comment