Pages

Sunday, July 9, 2023

Projek Rumah Mini : Progres 7 - Serahan Kunci

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ

9 Julai 2023 bersamaan 20 Zulhijjah 1444H 

Syukur ke hadrat Allah, pagi ni yang cukup indah dan nyaman, kami menerima kunci rumah.
Petang semalam kontraktor rumah, Maria sudah maklumkan lebih awal. 
Jam 8 pagi pekerjanya sudah sampai.

3 buah rumah.
Nak sedap sebut... 3 buah mini banglo😎

Cuaca redup je pagi ni sebab hujan dari malam tadi dan masih renyai-renyai bila gambar ini diambil.

Close up sikit.
Nampak pekerja Maria yang terlebih gembira 😁 (sebab nak tunjuk kat bos hahahah)

 
Rumah no. 1

Rumah no. 2

Rumah no. 3

Rumah mini berkeluasan 30 x 27 kaki persegi.
2 bilik dan 1 bilik air.

Tarikh mula : 15 April 2023
Tarikh serahan kunci : 9 Julai 2023
Jumlah hari : 85

Insyaallah ibu akan blogkan progres rumah ini di entry-entry akan datang sebagai ingatan.
Ayah update sebagai Banglo 3 Beradik, ibu maintain Projek Rumah Mini (Tiny House Project) je lah 😂

Boleh baca di sini.

2 comments: