Pages

Sunday, July 9, 2023

Meraikan Majlis Perkahwinan Syah Idris

Abang Imi balik rumah minggu ini semata-mata untuk meraikan majlis perkahwinan salah seorang BFF, Syah Idris bersama pasangannya.

Sabtu semalam selepas Solat Zohor, Bami sama-sama di majlis pernikahan Syah.

Syah ni dulu kerap datang bermalam di rumah kami.
Wafi suka lah cakap Abang Syah ni handsome 😄

Semangat setia kawan. 
Kawan dari sekolah rendah hingga kini. Malah mereka tidak melupakan Arwah Faiq apabila menjemput bapa arwah untuk sama-sama meraikan hari bahagia Syah. Bapa arwah Faiq berbaju dan bersongkok hitam.

Kawan-kawan dah plan nak pakai baju hitam sama-sama.
Abang Imi share duit dengan kawan-kawan beli hadiah untuk Syah.
Kawan-kawan ada yang masih belajar dan ada juga yang sudah berkahwin.
Ramai kawan-kawan Syah yang datang. Rasanya ini kawan Abang Imi yang pertama kahwin.
Selepas ini ramai lah yang akan mengikut.

Ibu dan ayah datang selepas solat Zohor. Abang Imi awal lagi dah sampai.
Majlis diadakan di Mawar Biru.

Kat majlis baru kita jumpa untuk gambar bersama-sama.



Selamat Pengantin Baru Syah dan isteri.
Semoga mahligai yang dibina kekal sehingga akhirnya dan Allah sentiasa rahmati.
 

6 comments:

  1. Selamat Pengantin baru buat mempelai. Nanti giliran abg imi pulak ya...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. tapi abg Imi macam takde girlfriend lagi huhu

      Delete
  2. Ex poli ni kan? Sbb tgk pic ni semalam di fb member yg ngajar di poli.. tahniah ibu dah terima menantu... hihihi... blom lg menantu sendiri tp dh boleh training jugak ni kn? 🫢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. pengantin perempuan eh kakmim, akak pun tak sure.
      Seram pulak bunyinya, tunggu abang Imi ada girlfriend dulu lah. Semalam Syah sempat pesan minta kami carikan girlfriend abg imi.. adoiiiii lah.

      Delete
    2. Iya.. fera nama pengantin pempuannya kan.. hehehe.. nnt adalah tu jodohnya.. kecoh la syah ni.. hahaha

      Delete
    3. congrats to pengantin. cantik.

      Delete