Timing visit Wafi 12.30 - 5.30 pm
Sabtu untuk parents pelajar lelaki tapi bolehlah minta kebenaran untuk lawat bila parents datang dari jauh atau ada kekangan waktu.
Dari Kulim ke Sungai Petani 1 jam sahaja dan Wafi belum beritahu nak jumpa jam berapa. Masa tu baru jam 10.30 am. Bila dia call nak jumpa 1.30 pm lepas solat Zohor, adalah masa untuk kami jalan² dulu dalam Amanjaya Mall. Ibu dan Kak Widad datang berdua. Ayah nak temankan tokwan di rumah.
Kawi teringin sushi, belilah 3 ketoi makan dulu.
Singgah sat tengok menu yang ada.
Semata² toro fries yang dibubuh topping.
Saiz tu lah yang akan kita dapat.
Toro Fries ialah hidangan kentang goreng yang rangup di luar dan lembut di dalam. Biasanya disajikan bersama perasa atau sos istimewa yang memberikan rasa lebih menarik.
Kami ambil Toro Mixed, RM22.40
Cabungan sos cheese, mayonaise dan tomyam.
Macam banyak pulak, bolehlah nanti tapau.
Tekturnya yang ringan, crunchy dan lembut tak sedar kami makan habis.
Ada 12 batang semuanya.
Kalau tengah lapar memang tak boleh jadikan ia makanan utama.






No comments:
Post a Comment