Pages

Saturday, August 22, 2026

Perjalanan Larut Malam

Pagi ni bersiaran dari rumah makngah Shila di Kulim. Tokwan dah duduk sini jadi takdelah makngah nak berulang-alik tiap² hari.

Semalam bertolak dari rumah lepas Maghrib. Ibu ambil kesempatan tidur dulu bilamana malam sebelum tu jam 4 pagi baru boleh tidur. Bila ada hal kerja atau keluarga yang menggusarkan akan  memberi kesan pada kualiti hidup. Memanglah orang cakap, keluar pintu ofis tinggalkan hal berkaitan kerja. Ada kala sukar😫. Jumaat lunch hour ingat nak tidur pun tak dapat sebab ada nak submit report. Lena betullah ibu tidur.. dari Rawang sampai Bukit Gantang. Adalah sesekali terjaga bertanyakan lokasi. 

Ayah ajak makan kat RnR Bukit Gantang. Lapar juga sebab last makan berat breakfast.
Ibu share megi celup ayam dengan Kak Widad. Kuah last² agaknya, tu yang rasa masin. Ayah makan mee kari. Tak sempat rasa pun habis ayah makan. Sedap dan lapar lah tu.

Dari Bukit Gantang ke Kulim ibu takes turn. Tukar kasut dulu, perjalanan jauh lebih selesa berkasut.

Bila drive malam memang berkawan dengan lori, bas, treler dan kontena. Memanglah kenderaan besar ni ikut had kelajuan, kita ni yang berkereta comel bila memotong rasa nak melayang 🤭 Dengan pandangan yang terhad di waktu malam.

Alhamdulillah.. jam 1.50 am sampai malam tadi.

Balik kampung sebab esok ayah nak bawa tokwan ambil darah di hospital. Jadi ibu dan Kawi ambillah kesempatan visit Wafi tengahari ni.
 

No comments:

Post a Comment