Pages

Wednesday, September 30, 2026

Jogja 2026 - Angkrinan Kang Joss


Tugu Yogyakarta (juga dikenali sebagai Tugu Pal Putih) sebuah monumen ikonik berwarna putih dan emas setinggi 15 meter.

Dibina pada tahun 1755 oleh Sultan Hamengkubuwono I, tugu ini terletak di persimpangan tengah yang strategik dan menjadi sebahagian daripada paksi paksi suci (garis imaginari) yang menghubungkan Gunung Merapi, Kraton (Istana), dan Laut Selatan.

Lepas solat Isyak, kami bertiga jalan sekitar hotel untuk cari dinner. Ibu ada forward kan senarai tempat makan di Jogja yang disyorkan oleh Fanny kepada Mas Donz. Salah satunya Gudeg Mercon Yu Tinah dan menurut Mas Donz ianya hanya walking distance dari hotel. Kami check google memang dekat je. Cumanya....  kedai makan ni buka jam 9 pm - 2 am. Lambat sangat buka dan kami pula sudah lapar. Kemudian saje lah cari Nasi Gudeg makanan tradisi Jogja.

Jadinya kami cari tempat makan lain. Depan dan tepi hotel ada jual Nasi Padang tapi kami belum mahu makan nasi padang lagi. Gerai-gerai kecil yang jual goreng-gorengan pun ada tapi kami tak berapa berani makan sebab tak ada orang.

Nampak satu tempat makan ni ramai orang, jadi kami teruslah ke situ. Nama tempat ni Angkringan Kang Jo.

Para yang atas tu ada dijual pelbagai jenis nasi yang dibungkus kecil-kecil dengan pelbagai nama. Bahagian bawah tu ada sate, bebola dan sosej.

Salah satu nasi yang ada Nasi Bakar Daun Jeruk Ayam Balado.

Cara nak beli kat sini, letakkan sate atau bebola dalam pinggan kemudian serahkan untuk dikira kemudian mereka akan panaskan semula dengan membakarnya sekejap.

Tempat makan menghadap jalan raya yang sibuk.

Angkringan merujuk kepada sebuah gerobak dorong atau warung kaki lima tradisional khas Jawa (terutamanya di Yogyakarta, Solo, dan Klaten) yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman dengan harga yang sangat murah dan berpatutan. 

Istilah ini berasal daripada perkataan bahasa Jawa, angkring atau nangkring, yang bermaksud duduk santai, bertenggek, atau mengangkat sebelah kaki di atas kerusi sambil berehat. 

Ni makanan yang kami ambil.
  • Nasi Teri
  • Nasi Bakar Daun Jeruk Ayam Balado
  • Nasi Bakar Ikan
Mas Donz ada beritahu yang nasi dibungkus tu dipanggil Nasi Kucing. Bukanlah untuk kucing makan tapi ibarat kalau kita bagi kucing makan, nasi nya sedikit sahaja.
  • Teh-o panas
  • Air mineral
Nasi ni cuma untuk alas perut jadi kuantitinya tidak banyak. Untuk melengkapkan hidangan, kami memilih beberapa jenis sate.
  • Sate ayam
  • Sate lemak sapi
  • Sate keong 
  • Sate sotong
  • Pelbagai jenis bebola
Bila ditanya sate keong.. jenuh jugalah peniaga nak explain.. kita pulak pertama kali dengar. Sebelum ni kepiting (ketam) dah rasa rare... sekarang keong pula. Lalu peniaga buka kartun Upin Ipin tunjuk kat kami dan jelaskan keong tu siput sedut. Ni baru ibu check You Tube episod Makan Siput Sedut. Tak sure lah siput yang bagaimana kan banyak jenis tapi keong tu adalah siput. 

Sebab sate sedap... Bami menambah lagi sate ayam, lemak sapi dan sate keong setiap satunya 3 tusuk.

Harga makanan dan minuman IDR154,000

Kat dinding ada banner ini.
Terus ibu gugel Angkrinan Kang Jo.
Salah satu yang popular adalah Kopi Kang Joss, lalu ibu orderlah segelas.

Btw, tikar kat bawah tu adalah untuk pelanggan yang mahu duduk bersila atas lantai dan  dipanggil lesehan.

Nak try Kopi Joss (IDR7,000) yang popular di sini. Masa sampai tu berasap² bila kepingan arang dari kayu pokok Asam Jawa dimasukkan.

Cara nak minum, tekan sikit arang masuk dalam kopi kemudian keluarkan ia. Selepas itu diaduk² kopinya agar tercampur dengan susu. Kopinya berasa smokey sikit. Ibu dan Bami hanya minum beberapa sudu sahaja sekadar untuk merasa. Nak minum lebih takut tak boleh tidur pula.

Angkrinan Kang Jo ni betul² tepi bulatan Tugu Yogyakarta yang sibuk.

Sepanjang jalan menuju ke hotel kelihatan beberapa peniaga menjual dagangannya menggunakan speda motor. Kalau tak silap ini bakso.
Nak rasa tapi perut dah kenyang pula.

Ini pun ada. Tak ingat jual apa.
Bukan sahaja malam, awal pagi pun ada orang berjualan.
Pagi yang terakhir tu ada orang jual Bubur Ketan.. alahaiii sedapnya tapi masa tu ibu dah beli makanan lain.

Kat sini banyak sangat makanan yang dijual tapi masalahnya.. nak makan tak berapa sempat dan perut pula penuh bila sudah makan di tempat lain. Jadinya tak dapatlah nak mencuba pelbagai jenis makanan lain.

Citradream Hotel pada waktu malam.
 
Nenek ada beli buah Ciku dan ibu beli buah Salak. Salak kat sini manis dan tiada langsung rasa kelat. Ibu ada beli juga ditempat lain untuk bawa balik. Niat nak beli banyak terpaksa dilupakan bila memikirkan balik hanya beli 20kg bagasi je.

28 comments:

  1. Nongkrong nang kono yo penak lorr. Makanan dia Macam2 kan. Makin malam makin meriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkih... orak nongkrong kok.. njagong waie 😁
      betul.. malam meriah.. ramai orang.

      Delete
  2. Tugu Jogja waktu malam memang cantik 😍 Bab cari makan pula mencabar bila Gudeg Mercon buka lewat. Dah lapar, memang tak sanggup tunggu sampai pukul 9 malam 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat shoot masa sikit kenderaan kat tugu.. kalau tak memang banyak kenderaan di bulatan tugu. Mujur juga dapat rasa nasi gudeg tapi di tempat lain..

      Delete
    2. Mujur juga banyak gerai makan yang walking distance area hotel tu.

      Delete
  3. Bila Akk tulis lesehan tu teringat masa makan di Bandung dulu.. duduk atas tukar gini.

    Menarik tempat makannya terasa santai betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Masa akak lalu cari makan tu memang banyak tempat yang ada lesehan.. memang menarik kot nak duduk santai tambah-tambah bila ada anak kecil.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. wahh jogja kota borobudur.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isssh marah nanti orang Magelang 🤣🤣🤣. Borobudur itu Magelang Wak, bukan Jogja 😄

      Delete
    2. ada wak kami pergi Borobudur hari ketiga. Wak mesti dah pro tempat-tempat kat Indonesia.

      Delete
  5. Replies
    1. Namanya macam-macam... 2-3 kali masuk mulut dah habis sebab portion kecik je.

      Delete
  6. Dah mcm kopi P Ramlee pula ni.. ada arang.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. citer P Ramlee dia gosok dari montot kuali.
      Mujur masa minum tak terbayang cerita ni 😅

      Delete
  7. Oh iyaaa, angkringan pun wajib coba kalau ke Jogja kak. Memang makanan khas Jogja, solo dan Klaten. Kalau dah makan angkringan, suka Macam2 lauk yang dipilih 🤣. Tapi tak pernah kuatir bayar, Krn pasti murah.

    Kecuali kalau di solo, angkringan modernnya banyaaak. Nah kalau ini agak mahal sikit lah

    Kopi arang itu saya belum coba loh. Cuma ada di sana soalnya. Nantilah nak coba kalau ke Jogja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kat situ baru tau tentang angkrinan bila nampak ada ramai orang makan. Teruslah google. Abang Imi excited tengok lauk-lauk yang banyak-banyak macam tu.
      oo ada angkrinan moden ya kalau di Solo.

      Delete
  8. perasan jugak banyak peniaga yg jual angkrian sate tu kat tepi jalan. saya pun tak sempat merasa. kopi arang tu antara benda unik kat jogja kan. haihh rindunya nak lepak2 kat Malioboro lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan Malioboro tu akak pergi yang dekat dengan gereja je.. tak ingat tempatnya.. sebab jalannya pun memanjang. Jalan dekat² je.

      Delete
  9. Yogyakarta ni tempat movie AADC 2 ni kalau tak silap....Rangga....Cinta.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke.. tak tengok lagi. Tak tau ada kat Netflix ke tidak.

      Delete
  10. Oooo angkrinan namanya. Wak Aton suka sebut angkruk-angkruk. Eh, sama kah maksudnya.
    Teringat waktu ke Yokyakarta dulu, kawan travel nak makan nasi gudeg di Jalan Malioboro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa ada perkataan angkruk-angkruk. Tak pernah dengar pulak.
      haa.. kami pun ada makan gudeg.. nak rasa juga makanan authentic Jogja.

      Delete
  11. Indonesia ni memang meriah menunya. Rambang mata jadinya. Baru tau ada sate keong. Jogja ini katanya kota cinta sebab apabila datang ke sini kita akan jatuh cinta dengan kotanya lalu pingin hendak kembali lagi😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamakssss... asyiikkkkkk
      tapi memang best lah Jogja.. banyak tempat lagi boleh explore, juga kulinernya.

      Delete
  12. Meriah betul tengok makanan tu..sate tu menggoda hati..nasib jauh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satenya banyak jenis... tu yang lebih menarik. Kalau dekat boleh pi cari😄

      Delete