Dibina pada tahun 1755 oleh Sultan Hamengkubuwono I, tugu ini terletak di persimpangan tengah yang strategik dan menjadi sebahagian daripada paksi paksi suci (garis imaginari) yang menghubungkan Gunung Merapi, Kraton (Istana), dan Laut Selatan.
Lepas solat Isyak, kami bertiga jalan sekitar hotel untuk cari dinner. Ibu ada forward kan senarai tempat makan di Jogja yang disyorkan oleh Fanny kepada Mas Donz. Salah satunya Gudeg Mercon Yu Tinah dan menurut Mas Donz ianya hanya walking distance dari hotel. Kami check google memang dekat je. Cumanya.... kedai makan ni buka jam 9 pm - 2 am. Lambat sangat buka dan kami pula sudah lapar. Kemudian saje lah cari Nasi Gudeg makanan tradisi Jogja.
Jadinya kami cari tempat makan lain. Depan dan tepi hotel ada jual Nasi Padang tapi kami belum mahu makan nasi padang lagi. Gerai-gerai kecil yang jual goreng-gorengan pun ada tapi kami tak berapa berani makan sebab tak ada orang.
Nampak satu tempat makan ni ramai orang, jadi kami teruslah ke situ. Nama tempat ni Angkringan Kang Jo.
Para yang atas tu ada dijual pelbagai jenis nasi yang dibungkus kecil-kecil dengan pelbagai nama. Bahagian bawah tu ada sate, bebola dan sosej.Cara nak beli kat sini, letakkan sate atau bebola dalam pinggan kemudian serahkan untuk dikira kemudian mereka akan panaskan semula dengan membakarnya sekejap.
Tempat makan menghadap jalan raya yang sibuk.Angkringan merujuk kepada sebuah gerobak dorong atau warung kaki lima tradisional khas Jawa (terutamanya di Yogyakarta, Solo, dan Klaten) yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman dengan harga yang sangat murah dan berpatutan.
Istilah ini berasal daripada perkataan bahasa Jawa, angkring atau nangkring, yang bermaksud duduk santai, bertenggek, atau mengangkat sebelah kaki di atas kerusi sambil berehat.
- Nasi Teri
- Nasi Bakar Daun Jeruk Ayam Balado
- Nasi Bakar Ikan
- Teh-o panas
- Air mineral
- Sate ayam
- Sate lemak sapi
- Sate keong
- Sate sotong
- Pelbagai jenis bebola
Nak try Kopi Joss (IDR7,000) yang popular di sini. Masa sampai tu berasap² bila kepingan arang dari kayu pokok Asam Jawa dimasukkan.
Cara nak minum, tekan sikit arang masuk dalam kopi kemudian keluarkan ia. Selepas itu diaduk² kopinya agar tercampur dengan susu. Kopinya berasa smokey sikit. Ibu dan Bami hanya minum beberapa sudu sahaja sekadar untuk merasa. Nak minum lebih takut tak boleh tidur pula.
Angkrinan Kang Jo ni betul² tepi bulatan Tugu Yogyakarta yang sibuk.Sepanjang jalan menuju ke hotel kelihatan beberapa peniaga menjual dagangannya menggunakan speda motor. Kalau tak silap ini bakso.














Nongkrong nang kono yo penak lorr. Makanan dia Macam2 kan. Makin malam makin meriah
ReplyDeletekihkih... orak nongkrong kok.. njagong waie 😁
Deletebetul.. malam meriah.. ramai orang.
Tugu Jogja waktu malam memang cantik 😍 Bab cari makan pula mencabar bila Gudeg Mercon buka lewat. Dah lapar, memang tak sanggup tunggu sampai pukul 9 malam 😂
ReplyDeleteDapat shoot masa sikit kenderaan kat tugu.. kalau tak memang banyak kenderaan di bulatan tugu. Mujur juga dapat rasa nasi gudeg tapi di tempat lain..
DeleteMujur juga banyak gerai makan yang walking distance area hotel tu.
DeleteBila Akk tulis lesehan tu teringat masa makan di Bandung dulu.. duduk atas tukar gini.
ReplyDeleteMenarik tempat makannya terasa santai betul
This comment has been removed by the author.
DeleteMasa akak lalu cari makan tu memang banyak tempat yang ada lesehan.. memang menarik kot nak duduk santai tambah-tambah bila ada anak kecil.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletewahh jogja kota borobudur.. hehe
ReplyDeleteIsssh marah nanti orang Magelang 🤣🤣🤣. Borobudur itu Magelang Wak, bukan Jogja 😄
Deleteada wak kami pergi Borobudur hari ketiga. Wak mesti dah pro tempat-tempat kat Indonesia.
DeleteMenarik juga nasi dalam daun tu.
ReplyDeleteNamanya macam-macam... 2-3 kali masuk mulut dah habis sebab portion kecik je.
DeleteDah mcm kopi P Ramlee pula ni.. ada arang.. hihihi
ReplyDeletehahahha.. citer P Ramlee dia gosok dari montot kuali.
DeleteMujur masa minum tak terbayang cerita ni 😅
Oh iyaaa, angkringan pun wajib coba kalau ke Jogja kak. Memang makanan khas Jogja, solo dan Klaten. Kalau dah makan angkringan, suka Macam2 lauk yang dipilih 🤣. Tapi tak pernah kuatir bayar, Krn pasti murah.
ReplyDeleteKecuali kalau di solo, angkringan modernnya banyaaak. Nah kalau ini agak mahal sikit lah
Kopi arang itu saya belum coba loh. Cuma ada di sana soalnya. Nantilah nak coba kalau ke Jogja
Masa kat situ baru tau tentang angkrinan bila nampak ada ramai orang makan. Teruslah google. Abang Imi excited tengok lauk-lauk yang banyak-banyak macam tu.
Deleteoo ada angkrinan moden ya kalau di Solo.
perasan jugak banyak peniaga yg jual angkrian sate tu kat tepi jalan. saya pun tak sempat merasa. kopi arang tu antara benda unik kat jogja kan. haihh rindunya nak lepak2 kat Malioboro lagi
ReplyDeleteJalan Malioboro tu akak pergi yang dekat dengan gereja je.. tak ingat tempatnya.. sebab jalannya pun memanjang. Jalan dekat² je.
DeleteYogyakarta ni tempat movie AADC 2 ni kalau tak silap....Rangga....Cinta.....
ReplyDeleteOo ye ke.. tak tengok lagi. Tak tau ada kat Netflix ke tidak.
DeleteOooo angkrinan namanya. Wak Aton suka sebut angkruk-angkruk. Eh, sama kah maksudnya.
ReplyDeleteTeringat waktu ke Yokyakarta dulu, kawan travel nak makan nasi gudeg di Jalan Malioboro.
laaa ada perkataan angkruk-angkruk. Tak pernah dengar pulak.
Deletehaa.. kami pun ada makan gudeg.. nak rasa juga makanan authentic Jogja.
Indonesia ni memang meriah menunya. Rambang mata jadinya. Baru tau ada sate keong. Jogja ini katanya kota cinta sebab apabila datang ke sini kita akan jatuh cinta dengan kotanya lalu pingin hendak kembali lagi😍
ReplyDeletealamakssss... asyiikkkkkk
Deletetapi memang best lah Jogja.. banyak tempat lagi boleh explore, juga kulinernya.
Meriah betul tengok makanan tu..sate tu menggoda hati..nasib jauh...
ReplyDeleteSatenya banyak jenis... tu yang lebih menarik. Kalau dekat boleh pi cari😄
Delete