Selepas solat Zuhur di masjid berdekatan, aktiviti yang kanak-kanak tunggu... mandi sungai!
Jalan nak ke tapak perkelahan agak kecil.. bersabar je lah. Kami sampai petang dapatlah parking yang selesa. Bayaran parking RM3 bagi setip kenderaan.
Ayah bayar sewa gazebo RM30.
Gazebo dan tapak khemah memang tersedia dan ia terjaga.
Gambar sekitar sungai dari gazebo kami.
Aikkk.. dah dapat makanan pun mulut muncung lagi.
Cetek dan air tidak begitu deras.
Kawasan ni berbatu-batu besar dan air agak deras. Tidak sesuai untuk kanak-kanak kecuali dipantau rapi.
Maka naiklah budak2 ni dan sambung mandi di kolam dengan bayaran RM2 seorang. Kat situ mereka diberi gelang tangan. Kalau keluar boleh masuk balik.
Bila hujan renyai dah tak ada masuk semula sungai.. kali ni masuk kawasan yang besar dan dalam sikit. Kanak-kanak tak nak masuk sini sebab sejuk hahaha.. padahal mereka dah seronok masuk dalam kolam.
Pengunjung yang bagus sebab tidak meninggalkan sampah dan membuang sampah di tong sampah yang disediakan.
Memang ada pekerja pembersihan tapi dengan kerjasama para pengunjung kebersihan dapat dikekalkan.
Hampir jam 6 pm kami tinggalkan Sungai Inki dengan pelbagai kenangan.
Yang pasti anak-anak sangat seronok!
Jernihnya air sungai. Terasa sejuk dan menyegarkan. Kalau saya memang nak berendam lama-lama di sini.
ReplyDeleteMemang nyaman sekali. Tengok air pun dah terasa sejuk.
ReplyDeletelinda dok gugel2 area selayang nie apa yang dekat..nampak pulak post akak...lama tak bawak bebudak berjalan-jalan
ReplyDelete