Lepas berbuka ringkas dengan air kosong dan jeruk mangga sikit (takut perut pedih) ayah cari restoren berdekatan, Kawi teringin makan tomyam. Cafe yang ayah dah plan pergi tutup hari Jumaat. Bila nak ke restoren lain nampak Capecafe buka pula. Jadi kita stick to plan asal.
Semua harga makanan dan minuman berharga RM1.70
HP tu nak tunjuk saiz mangkuk.
Kami ambil nasi ayam masak merah, ayam penyet, ayam chicken chop, mi kari, bihun tomyam kemudian tambah lagi beberapa hidangan lain.
Chicken chop dan fries.
Makanan semua sedap-sedap walau portion hidangan bersaiz mini sesuai dengan harganya.
Hahhhhh tu dia mangkuk dan pinggan kosong.
Hahhhhh tu dia mangkuk dan pinggan kosong.
Termasuk air semua 15 bekas. Air kosong free.
RM25.50
Khuatir kami lapar balik, ayah beli 4 biji burger yang dijual di hadapan cafe ni.
No comments:
Post a Comment