Selepas confirm yang kami akan turut serta dalam rombongan pengantin sepupu ibu, Syakir ke Tanjung Malim, ayah pun bookinglah satu bilik di Hotel Sri Malim. Hotel ni di dalam kawasan Taman U dan tak jauh dari tol Tanjung Malim.
Walau family Syakir ada sediakan homestay tapi kami berpakat untuk stay hotel sahaja sebab bercadang untuk jalan-jalan cari makan di sekitar pekan ni.
Google image.
Rumah kedai setingkat sahaja.
Hotel ni bertaraf 1 bintang sahaja.
Website image.
Ayah book triple room.
Since kita bertolak dekat jam 6 pm dan singgah di Petronas sebelum masuk hiway PLUS, sampai pun hampir jam 7 pm. 75km dari rumah.
Kalau pihak pengurusan dapat upgrade ruang ni kan bagus.
Harga bilik Triple Room RM68.00
Towel disediakan beserta sabun.
Yang penting ada tingkap hahhahah (wajib bagi ibu!)
Arah kiblat juga ada ditunjuk di atas siling.
Ada water heater.
Channel TV clear.
Tapi tak sempat pun tengok channel lain selain TV3 sebab masa kami on itu channel yang tertera.
Selepas solat maghrib, kami keluar makan dan pergi ke homestay yang disediakan family Syakir.
Sampai bilik hotel pun hampir 11 lebih.
Esok paginya jam 8.20 am dah check out.
No comments:
Post a Comment