Pages

Thursday, February 24, 2022

Jamuan Akhir Tahun SK

Minggu lepas cikgu ada beritahu akan adakan jamuan akhir tahun di kelas masing-masing ikut kumpulan. Minggu lepas kumpulan A. Minggu ni lah Wafi jamuan Hari Selasa. Semua kelas buat pada hari yang sama. Masa Ibu Hawa post gambar makanan kumpulan A tu nampak banyak makanan berat.. terutama kek dan desset lain.

Jadi ibu beri idea kat Wafi untuk buat goodie bag je.. Jadi kawan-kawan boleh bawa balik.

Ini yang kita sama-sama pack.
Kit-kat, Nips, Sour + candy dan Orihiro jelly. 

Ibu Hawa post makanan yang anak-anak bawa.

Meriah sungguh.

Ibu dok belek-belek kenapa takde goodie yang Wafi bawa.
Hah.. sudah.. takkan Wafi malu nak keluarkan sebab ibu bawakan itu je.
Lantas ibu whatsap kat Ibu Hawa.


Ada...
Ibu Hawa letak di kaunter jajan😀

Inilah kali pertama ibu bawakan makanan segera berbungkus. Kebiasaannya ibu akan masakkan makanan jika ada anak-anak jamuan di sekolah. Kecuali goodie bag masa sambutan hari lahir di tadika/taska Wafi.

Rupa-rupanya ada sahaja ibu bapa yang biasa bawakan anak-anak makanan seperti roti, biskut, jajan-jajan, air kotak dan sebagainya.

Owh... ibu ketinggalan zaman rupanya.
Oldskool gitu!
 

No comments:

Post a Comment